PELANTIKAN Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senai, Tee Boon Tsong sebagai setiausaha politik Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong mengundang reaksi kurang senang dalam kalangan rakyat.

Berdasarkan komen netizen mengenai pelantikan itu, mereka menyifatkan pengaruh DAP dalam Kementerian Pertahanan semakin kuat.

Antara komen netizen adalah;

“Tahniah Pengundi PH. Anda dah berjaya menambah Bangsa DAP dalam pentadbiran kerajaan. Bangsa jahanam,” kata netizen bernama Nazri Ismail.

“Mereka sedang perkuatkan dan menguasai tentera pula selepas kehakiman,” kata Mak Belalang Kunyit.

“Welcome to DAP World,” kata Fadzil Fadzil.

Berdasarkan kenyataan semalam, Boon Tsong akan membantu Chin Tong menguruskan hal ehwal dalaman DAP Johor selain mempromosikan hubungan antara parti dan komuniti melalui pengalamannya sebelum ini.

Selain itu, ada netizen mempertikaikan tindakan Chin Tong melantik setiausaha politik memandangkan beliau hanya menjawat jawatan timbalan menteri.

“Timbalan menteri mana layak ada setiausaha politik. Lain macam ini kali,” soal pengguna bernama Cael. – 23 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.