ADRENALIN saya bergerak di seluruh pembuluh darah apabila Tun Mahathir menyebut “agama saya melarang sengaja mengintip mencari keburukan orang. Apa yang dilakukan lebih buruk dari mengintip.”

Mulut saya terlopong apabila Tun Mahathir menambah “Saya tidak mempertahankan Azmin Ali, saya hanya kata saya tidak akan terperangkap untuk menjadi sebahagian dari politik kotor seperti ini”

Jantung saya berdegup kencang apabila Tun Mahathir meneruskan kata-katanya “Jelas ada pihak yang mahu mempergunakan saya untuk mencapai matlamat mereka. Ini bukan video biasa yang pernah anda lihat sebelum ini. Ini adalah video yang sengaja dicipta untuk mencapai objektif jahat tertentu”

Tiba-tiba rama-rama memenuhi ruang abdomen saya apabila Tun Mahathir mengakhirkan kenyataannya dengan menyebut “Tujuan mereka adalah untuk menghalang seseorang dari naik dalam politik. Rakaman ini dibuat agak berbeza dari perlakuan sebenar. Saya tidak akan menjadi agen untuk menjayakan rancangan jahat mereka”.

Saya merujuk kepada sidang media Tun Mahathir pada tahun 1997 yang dihadiri oleh media tempatan dan antarabangsa yang mana beliau menyebut bahawa beliau sendiri tanpa kehadiran pihak polis telah menemubual (1) mangsa sodomi, (2) wanita yang melakukan seks dengan pelaku utama dan (3) pemandu yang membawa wanita tersebut bertemu pelaku utama tersebut.

Dari dapatan soal siasat terhadap mangsa, Tun Mahathir telah menceritakan kepada media seluruh dunia secara terperinci bagaimana pelaku utama bukan sahaja telah meliwat mangsa malah telah melakukan onani terhadap mangsa tersebut.

Seterusnya Tun Mahathir bertanya kepada media “Adakah anda fikir saya patut pergi ke seluruh pelosok tempat dan menceritakan kepada seluruh dunia bahawa begitu lah sifat timbalan saya?”

Tun Mahathir dalam sidang media tersebut juga berkata dengan jelas bahawa “Tindakan perlu diambil dan pelaku ini tidak boleh dibenarkan untuk menjadi ketua kepada sebuah negara seperti Malaysia”.

Soalan saya yang pertama kepada Tun Mahathir, kenapa Perdana Menteri Malaysia tidak lagi melakukan siasatan (ke atas Haziq) seperti yang dilakukannya sendiri pada tahun 1997 bagi kes yang seumpamanya terutama sekali apabila terdapat bukti video, malah pasangan yang mengaku dirinya individu ke dua dalam video tersebut?

Soalan kedua, apakah kini negara seperti Malaysia boleh diketuai oleh seorang pemimpin yang sebegitu kerana rakyat bimbangkan risiko yang diambil setelah siasatan terperinci tidak (atau secara sengaja) tidak dilakukan oleh pihak PDRM dan pihak Perdana Menteri sendiri?

Soalan ketiga, kenapa pihak PDRM juga tidak menyiasat mangsa atau pelaku ke dua (Haziq) yang mengaku dirinya pelaku di dalam video tersebut atas kesalahan hubungan seks sejenis yang ternyata salah mengikut undang-undang Malaysia (Section 377B Malaysia Penal Code seperti tahun Februari 2015, di mana Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan selama lima tahun di atas kesalahan yang sama).

Soalan keempat, kenapa mangsa atau pelaku ke dua (Haziq) ditahan reman selama sembilan hari bersama individu lain termasuk Setiausaha Politik Anwar atas kesalahan menyebar video berkenaan sedangkan pelaku ke dua tersebut meminta dirinya disiasat kerana kesalahan melakukan hubungan sejenis dengan Menteri Kanan dalam kabinet Tun Mahathir? (adakah penahanan reman kedua-dua individu ini bersifat untuk ‘menyekat’ dan bukan ‘disiasat’?)

Soalan kelima, kenapa Tun Mahathir menganggap video ini “direka” untuk menjatuhkan Azmin sedangkan pihak berkuasa SKMM telah mengesahkan bahawa video tersebut tulen?

Soalan keenam, kenapa Tun Mahathir menyebut beliau tidak mahu menjadi agen untuk menjayakan rancangan menjatuhkn Azmin sedangkan pada tahun 1997 Tun Mahathir sendiri memecat Anwar dan menyoal siasat mangsa?

Soalan terakhir saya, apakah Tun Mahathir hanya akan menjayakan rancangan politik sendiri (terhadap Anwar pada tahun 1997) dan menolak sebarang kebenaran melibatkan orang lain (Azmin)?

Terdapat seribu persoalan yang bermain di benak rakyat, namun saya meminta Tun Mahathir menjawab hanya tujuh soalan sahaja. – 24 Julai 2019.

ANINA SAADUDIN,
Presiden Empirikal Malaysia.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

4 COMMENTS

  1. Jawaban nya sangat mudah.
    98 kekuatan Tun sangat kuat, & ketika itu Tun anggap anwar telah melangkaui kuasa nya utk anwar naik.
    2109 Tun tak mahu peristiwa 98 berulang kembali, percaya 100% konspirator2 yg ingin menjatuh kan ahli politik secara kotor.
    Dan Tun meyakini bahwa polis mempunyai kepakaran utk menyiasat kes ini dgn baik & adil.

    • ok betul awak bgitau tu. ainina ni di tolak kerana beliau pon ada skadel. sebelom pru ada majlis kempen ppbm ada kertas da tersedia di letak tempat duduk semua awam dan vip. dedah perbualan beliau tentang seks dengan geng2 dia. jadi perkara tu dpatv disahkan kan. oleh kerana tun dpat tau dan sedih pasal beliau x jga diri.

      • sebut pasal sex!!!!,, saya berpendapat sex itulah syurga dunia, dan tidak ada lagi yang seenak di dunia ini selepas sex terserah pada individu bagaimana menikmatinya,, tapi sebagai orang islam kita dah ada panduan untuk mencapai dan menikmatinya,, yang paling penting mana yang di sebut sebagai haram tetap haram dan tidak ada siapa yang dapat melangkauinya.Dalam politik TM pula seakan ada kedangkalanya apabila TM tidak dapat membezakan politik dengan moral. Soalan saya mana lagi penting politik atau moral?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.