UMMI Hafilda Ali sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mendedahkan perihal abang kandungnya yang merupakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali.

Ummi memuat naik satu hantaran di laman Facebook beliau ‘Ummi Hafilda Ali’ perihal peribadi Azmin yang menjengkelkannya.

Menurut Ummi, Azmin telah menjadi songsang dan ‘menggemari lelaki’ sejak Timbalan Presiden PKR itu berusia 24 tahun.

Ketika itu, Azmin menjalinkan hubungan dengan majikannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Malaysia negara Islam. Sensitiviti orang Melayu dan orang islam yang beriman kau kena peka bukan pekak,”

“Kau dah gay seawal umur 24 tahun dengan Nuar Aljuburin (Anwar Ibrahim),” tulis Ummi.

Ummi meminta Azmin supaya berhenti berlakon seolah-olah beliau tidak bersalah kerana sangat mengenali abangnya yang seorang homoseksual.

“Kalau (arwah) P Ramlee (masih) hidup, dia akan meraung dan menangis kerana Azmin boleh berlakon lebih baik dari dia,” tambah Ummi.

Beliau juga meminta Azmin untuk membuat sumpah laknat dan tidak berselindung disebalik Tun Mahathir Mohamad untuk menutup salah lakunya yang didakwa telah tular hingga ke laman pornografi dunia.

Hantaran tersebut mendapat 276 perkongsian, 602 komen dan 1300 tanda suka sehingga artikel ini dinaikkan apabila majoriti warganet menyokong dakwaan Ummi terhadap Azmin.

Azmin terpalit isu video songsang apabila bekas Ketua PKR Santubong mendakwa dia melakukan hubungan sejenis itu dengan Ahli Parlimen Gombak tersebut.

Azmin sehingga hari ini menafikan terlibat dalam video semburit itu  walaupun video tersebut disahkan tulen oleh pihak berkuasa. – NTHQiBORD, 24 Julai 2019.

25 COMMENTS

    • jgnlah jadi barua DAP ,,,azmin selalu fitnah orang dulu,,,allah swt bayar cash tunjuk kat satu dunia sifat dia

    • As kau tak tahu apa yang Anuar dan Azmin abang uni buat kepada dia dulu. baca cerita umi hafilda baru tahu

  1. Tak kan senang kau umi di dunia dan di akhirar.ingat kawin dgn pakistan mulut kau lagi baik rupa nya mulut kau kagi besar dan busuk hati terhadap abg kau sendiri .laknat tulah

    • oiii aku bukan nak sokong umi. tapi ko carilah cerita apa yang azmin dan anuar buat pada adik dia duluu

    • Kau ni x tau ke cerita dulu2…ape yg si semburit tu buat kat umi ngn arwah mak dia…kalau x tau…diam2..

  2. Astaqfirullah al azim.
    Semoga Allah tunjukkan ummi halfida ini jalan kebenaran.
    Sesungguhnya dosa fitnah itu sangat berat

  3. ha ha ha….dh menang dengn fitnah…kan dh dapat balasan…Allah pay cash….akhirnya darang daging sendiri mmbuka aibnyaaaa..
    yg lain tunggulah waktunya nnti

  4. Rse nye kn adek beradik lagi kenal kot darah daging dia mcm mana… Bagi kita tgk je lew drama dyeowng ni bkn bgi manfaat pun dkt rakyat malaysia.. Yg menderita.. Hilang kerja pun rakyat .. Menteri tiap bulan beribu dah.. Kita gaji beribu blom tentu ada lagi..

  5. Aku bukan sokong sangat si Ummi ni, tapi kalau aku jadi Azmin, jgn kata kes liwat, tuduh aku curi telor pun tobat aku saman dan naik masjid sumpah laknat sambil junjung Quran kalau aku tak buat, sifir mudah je tu, BERANI KERANA BENAR!

  6. Kenyataan ummi tu benar..klu daah daging dia bole dia hina,lebih dri tu dia bole buat..terima lah balasan ko azmin allah tu maha kuasa..jgn mati esk bumi pun x terima ko..netizen yg x tahu hujung pangkal cerita fmly si azmin tu x pyh nk komen apa² ye..sbb korg bru kluar gua x tahu cerita yg betul jdi jgn nk tabur fitnah pd ummi ye

  7. Memang betul apa yang umi cakap tapi azmin tetap masukan. Malah bini dia pun dia bagi Kate Anuar.Anuar suka depan Dan belakang oi

  8. bila nak buka balik kes semburit AZMIN, senyap saja…atau.. nak buka balik selepas pru 15 nanti (bila BN kembali memerintah).

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.