BEKAS Ketua Cawangan PKR Seputeh P. Ganapathy yang dipecat baru-baru ini memulakan kempen Asal Bukan Anwar Ibrahim atau ringkasnya ABAI.

Ganapathy dipecat kerana lantang mengkritik Presiden Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana gagal mentadbir parti.

Beliau telah mengkritik Presiden PKR itu dalam kumpulan WhatsApp yang terdiri daripada Anwar dan semua pemimpin cawangan.

“Dalam surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh parti, saya menjawab bahawa saya tidak akan menarik balik kritikan saya terhadap Anwar.

“Dia tidak layak menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Ganapathy, mendakwa beliau adalah ahli sejak penubuhan parti itu pada 1998. Beliau telah berada dalam PKR cukup lama untuk melihat apa yang digambarkannya sebagai “ciri-ciri bakal PM’ itu.

“Presiden parti melakukan kronisme dan nepotisme, melantik rakan-rakan dan anggota keluarga untuk posisi dan mengetepikan anggota lama.”

“Pelantikan juga tidak berdasarkan merit, kerana mereka yang kalah dalam pemilihan parti (akhir tahun lalu) telah diberi kedudukan penting.”

“Ini sememangnya bukan pembaharuan,” katanya.

Namun Ganapathy berkata dia tidak menyerang parti tetapi hanya mengkritik Anwar agar menjelaskan perkara-perkara tertentu.

“Saya tidak pernah berkata apa-apa terhadap parti itu. Komen saya disasarkan kepada individu yang memimpin parti.

Ganapathy berkata beliau akan mendapatkan nasihat peguamnya sebelum mengadakan jerayawara (roadshow) untuk meningkatkan kesedaran mengenai kempen “Asalkan Bukan Anwar Ibrahim” (ABAI).

Anwar kini sedang bergelut dengan masalah dalaman parti selepas isu video seks yang dikaitkan dengan timbalan parti.

Kempen yang dijalankan Ganapathy ini bakal menambah lagi masalah yang sedia ada.

Walaupun mendakwa mendapat sokongan yang cukup untuk menjadi PM ke-8, nasib Anwar masih bergantung kepada keputusan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. – 24 Julai 2019

2 COMMENTS

  1. Encik Ghana, tak guna nak serang anwar jika xde platform parti.
    Usaha awak sia2.
    Cara yg terbaik gunakan pentas parti pembangkang, mgkin encik boleh join umno melalui mic.
    Kalau tidak begitu, usaha awak bagai mencurah air kedaun keladi.
    Salah-salah hemat meludah kelangit, kena muka sendiri.
    Hati-hati berpolitik.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.