KELMARIN, NTHQiBord mendedahkan ‘komplot’ ahli perniagaan Jho Low dan bekas pegawai AmBank, Joanna Yu menyembunyikan agenda mereka daripada pengetahuan Datuk Seri Najib Razak.

Semalam, satu lagi ‘komplot’ terbongkar apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa menyalahguna kuasa apabila cuba mengganggu pasukan peguam Najib untuk mendapatkan dokumen bank.

Hal ini terdedah apabila Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali memberitahu kepada pihak pendakwa raya bahawa SPRM tidak mempunyai kuasa untuk menghalandg Najib daripada mengakses dokumen berkenaan akaun banknya.

Sebelum kes perbicaraan SRC International Sdn Bhd bermula, pasukan peguam Najib dapat mengakses bank bagi mendapatkan maklumat tersebut selama kira-kira lapan bulan.

Namun selepas itu, peguam Najib tidak dibenarkan lagi berbuat demikian apabila pihak AmBank memaklumkan bahawa seorang pegawai siasatan SPRM dinamakan sebagai Rosli telah memberi arahan agar menyekat akses tersebut.

Sebaliknya, SPRM akan ‘menapis’ dan memilih dokumen yang boleh diserahkan kepada Najib.

Susulan itu, peguam Najib mengemukakan permohonan agar dibenarkan semula mengakses dokumen bank milik Najib kira-kira tiga bulan lalu tetapi tiada sebarang keputusan diberikan.

Minggu lalu, permohonan yang sama dikemukakan semula dan hakim akhirnya membuat keputusan yang memihak kepada Najib.

“Tiada undang-undang yang membenarkan pihak pendakwaan menghalang bagi mendapatkan dokumen bank (Najib),” kata hakim.

Pihak pendakwaan cuba memberi alasan bahawa Najib tidak perlu diberikan akses kepada dokumen bank itu bagi mengelakkan campur tangan dalam siasatan yang masih berjalan.

Namun pihak pendakwaan yang diketuai Peguam Negara Tommy Thomas dan Datuk V.Sithambaram gagal menunjukkan undang-undang yang menyokong hujah mereka itu.

Sebaliknya, hakim mengetepikan hujah itu dengan berkata, “hujah pendakwaan tidak mempunyai merit.”

Katanya Datuk Seri Najib “berhak untuk memperolehi dokumen banknya.”

Tindakan pihak pendakwaan jelas menunjukkan salah guna kuasa dan cuba mensabotaj persediaan kes Najib.

Bank dokumen amat penting kepada pihak pembelaan kerana ia melibatkan butiran maklumat SRC International, 1Malaysia Development Board (1MDB), cukai pendapatan dan pengisytiharan aset. – NTHQiBord, 24 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.