RUPA-rupanya tidak semua kamera litar tertutup (CCTV) boleh disebarkan dan diguna sebagai bukti untuk apa jua pertuduhan.

Sebarang rakaman video termasuk daripada CCTV di kawasan awam atau hak persendirian adalah tertakluk di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709), kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Eddin Syazlee Shith.

“Sebarang penyebaran rakaman sedemikian adalah menjadi kesalahan di bawah akta berkenaan apabila pemiliknya berdaftar dengan Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP).

Bermakna, kita dilarang sebar rakaman CCTV jika premis mendaftarkan diri mereka kepada Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP)!

“Berkenaan kandungan CCTV seperti itu (termasuk rakaman hotel) tertakluk kepada perlindungan data peribadi, di mana pihak pengurusan hotel perlu berdaftar dengan JPDP supaya maklumat semua rakaman tersebut dilindungi,” katanya pada sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan di persidangan Dewan Negara pada Selasa.

Video semburit

Baru-baru ini tular video rakaman video hubungan seks luar tabii di dalam premis hotel yang menyaksikan pelakunya mirip Haziq Abd Aziz dan Azmin Ali.

Walau bagaimanapun, Haziq ditahan reman kerana membuat pengakuan terbuka, manakala Azmin tidak mengaku bahawa pasangan Haziq adalah dirinya.

Azmin juga tidak ditahan reman mahupun disoal siasat oleh pihak berkuasa.

Geram dengan ‘sifat pejam mata Azmin’, netizen menularkan beberapa keping rakaman CCTV yang memaparkan kemunculan Azmin di ruang legar hotel, bersama pembantunya Hilman Idham dan Haziq.

Biarpun kandungan CCTV telah membuktikan kehadiran Azmin di hotel tersebut, Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu tetap tidak membuat apa-apa pengakuan.

Hal ini menjadi perdebatan umum yang hairan dengan ‘kekebalan’ luar biasa Azmin.

Tidak kurang juga ada yang menyelar Azmin kerana cuba menggunakan kedudukannya sebagai ‘anak emas Perdana Menteri’ untuk mengelak dari prosedur biasa untuk di soal siasat! – NTHQiBORD, 24 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.