PERGOLAKAN dalam PKR tiada kesudahan.

Mereka bergaduh sesama sendiri selepas tularnya video semburit mirip Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Hari ini Ketua Wanita PKR, Haniza Talha bertegas mahu Kepemimpinan PKR mengambil tindakan disiplin terhadap Pengerusi PKR Perak yang juga Setiausaha Politik kepada Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak kerana didakwa mengeluarkan tuduhan terbuka terhadap Azmin Ali.

Menurut Haniza, tindakan itu selari dengan seruan Anwar Ibrahim sendiri yang mahu memperkukuhkan disiplin dan perpaduan parti.

Menurutnya lagi, kenyataan terbuka Farhash sejurus dibebaskan daripada tahanan reman polis semalam amat bertentangan dengan prinsip berkenaan.

“Itu tuduhan secara terbuka di hadapan khalayak ramai dan media terhadap pemimpin nombor dua parti. Perbuatan itu patut diambil tindakan disiplin.

“Pemimpin seperti Farhash Wafa yang mengetuai sebuah negeri wajar menunjukkan kematangan dan bukannya melepaskan perasaan dan emosi apabila berdepan dengan tekanan,” katanya yang dipetik menerusi portal berita FreeMalaysiaToday hari ini.

Semalam Farhash dibebaskan jam 3.45 petang manakala Haziq Abdullah Abdul Aziz dibebaskan kira-kira jam 3.58 selepas menjalani tempoh reman selama tujuh hari bermula Rabu lalu.

Pada 12 Jun lalu, Haziq menggemparkan negara apabila membuat pengakuan bersumpah dengan mengaitkan Azmin merupakan pasangannya dalam rakaman video seks sejenis di sebuah hotel di Sandakan, Sabah.

Azmin bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu yang disifatkannya komplot jahat untuk memusnahkan kerjaya politiknya walaupun video itu disahkan tulen oleh pihak berkuasa.

Haniza Talha, yang lantang mempertahankan Azmin pernah ditularkan di media sosial sebagai salah seorang ‘kartel Azmin’ selain Zuraida Kamaruddin dan Amirudin Shari. – NTHQiBORD, 24 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.