PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memaklumkan parti itu akan akan melancarkan Tabung Dana UMNO bagi kegunaan aktiviti politik dan sebagai persediaan menghadapi PRU15, lapor UMNO online.

Menurutnya, tabung dinamakan Tabung Dana UMNO itu akan dilancarkan pada masa terdekat dan akan diumumkan kelak.

Tabung itu ditubuhkan kerana kekangan kewangan yang dihadapi akibat pembekuan, penyitaan dan juga beberapa tindakan perundangan yang tidak adil yang dilakukan terhadap UMNO dengan tuduhan-tuduhan di luar norma perundangan.

Tabung yang pertama kali ditubuhkan itu terbuka kepada mana-mana pihak yang ingin menyumbang, tidak terhad kepada ahli UMNO sahaja.

Menurut Zahid lagi, Majlis Tertinggi juga memutuskan bahawa sebuah badan profesional akan bersama-sama dengan UMNO untuk menguruskan dana tabung berkenaan memastikan ia dari sumber yang ‘bersih’.

“Badan profesional ini juga akan berperanan dalam meneliti setiap dana yang disalurkan bagi mengenal pasti sumbernya,” kata Zahid.

UMNO tidak meletakkan sebarang sasaran dana yang diperlukan namun akan mengumpulkan sebanyak mana yang boleh.

Sementara itu UMNO kini dalam proses memantapkan kerjasama dengan PAS.

Kolaboratif antara kedua-dua parti ini dijangka memberi impak pada PRU15 akan datang.

Tambahan pula, Kerajaan DAP-PH ketika ini sedang bergolak kerana masalah dalaman yang melanda PKR.

Pada masa yang sama, DAP pula banyak menyentuh isu-isu sensitif yang berkaitan orang Melayu.

Oleh itu, Kerajaan DAP-PH akan berusaha melemahkan usaha perpaduan kedua-dua parti terbesar orang Melayu ini termasuk menyekat sumber kewangan. – 24 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.