SATU forum yang dipercayai cuba mengangkat aliran sekolah kebangsaan jenis Cina (SJKC) diadakan baru-baru ini, menerima kecaman netizen.

Forum bertajuk ‘Anak Melayu di Sekolah Cina’ diadakan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur malam tadi menampilkan tiga panelis, dua daripadanya Melayu yang pernah bersekolah di SJKC serta menghantar anak mereka ke sekolah seumpamanya untuk menceritakan pengalaman mereka.

Ketiga-tiga panelis itu rata-ratanya memuji sistem pendidikan SJKC berbanding sekolah kebangsaan dan menjadikan mereka lebih berjaya dalam hidup.

Namun ada netizen mempertikaikan forum tersebut yang mendapat liputan media pro-DAP.

Antara persoalan yang timbul:

“Kenapa puji sungguh SJKC? Sekolah aliran agama apa kurangnya dunia akhirat dapat. Kalau setakat disiplin tapi bila besar kuat menipu apa guna ibubapa sendiri akan menyessal bila anak balik rumah kata tuhan itu byk. Kalau setakat mahu pandai berbahasa Mandarin apalah guna kalau tak pandai menbaca al-Quran,” kata Sahran Duman.

“SJK melebarkan lagi jurang perkauman dlm negara. Bayangkan kanak kanak seawal usia 6 dan 7 tahun telah diasingkan mengikut kaum masing masing,” kata Edeey Ibrahim.

“Sekolah Cina, sekolah Tamil, apa kebaikan sekolah ni? Ini Malaysia Tanah Melayu…bahasa kebangsaan bahasa Melayu, bukan bahasa Tamil, pun bukan bahasa Cina…apa faedah sekolah bangsa asing ni..apa yg aku nampak hanyalah perpecahan perpaduan…budak Cina tak reti cakap melayu, budak India pun tak tahun cakap Melayu, tulis bahasa Melayu pun tak reti…pelat,kalau sembang kiri dan kanan pun tak tahu mana satu,” katanya Kamaruddin Ariffin.

Kesemua komen itu diambil daripada Facebook MalaysiaKini versi Bahasa Melayu. – 24 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.