KEPADA Perdana Menteri dan para Menteri serta Peguam Negara, perlulah di ingat kita semua berada pada zaman yang mana maklumat bukan hanya diperoleh daripada surat khabar, RTM, TV3 dan Astro sahaja.

Wartawan bukan lagi bekerja di syarikat akhbar dan penyiaran seperti itu sahaja.

Sekarang ini setiap rakyat adalah wartawan bebas, semua mereka ada TV dan surat kabar di tangan masing-masing iaitu telefon bimbit.

Apabila rakyat tidak puas hati mereka boleh terus tulis di surat kabar dan stesen TV milik mereka sendiri iaitu di telefon bimbit melalui FB dan media baru lainnya.

Sekarang rakyat jika mahu mengambil dan melihat kenyataan sesiapa saja tidak perlu bergantung kepada akhbar tradisional seperti Utusan Malaysia, New Straits Times, RTM dan juga TV3.

Sama ada kenyataan media itu dikeluarkan pada hari ini mahupun kenyataan yang dibuat 20 tahun dulu.

Mereka hanya perlu cari dalam intenet melalui telefon bimbit, maka keluar semua kenyataan PM ke-4 atau PM ke-5, mudah sahaja.

Maka PM atau Peguam Negara dan semua yang berkuasa janganlah ingat kita di Malaysia ini masih berada dalam tahun 1979 atau 1982.

Jangan ingat rakyat boleh terima tipu muslihat politik cara lama. Segalanya sudah berubah.

Saya lihat sendiri sekarang ini di media baharu rakyat ketika rakyat dihidangkan keputusan siasatan yang membabitkan Haziq Aziz oleh KPN .

Saya simpati apabila ada rakyat menggelar KPN dengan gelaran yang tidak sepatutnya.

Inilah padah apabila kita terlupa bahawa kita berada pada zaman yang penuh dengan propaganda dan maklumat terbuka.

Zaman yang maklumat sepantas bunyi dan cahaya.

Saya harap semua mereka ini menjadi pemimpin yang ikhlas bekerja tanpa ada agenda jahat.

Pada zaman ini sesiapa sahaja yang ada agenda tersembunyi, sudah tidak ada tempat untuk menyorok. – 24 Julai 2019

HAMDAN TAHA,
Penganalisis politik.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.