TANGGAL 14 September 2019 bakal tercipta sejarah baharu dalam politik Malaysia.

Pada tarikh tersebut piagam bersama UMNO dan PAS akan dimeterai dalam sebuah acara khas di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

UMNO dan PAS telah mencapai kata sepakat untuk berkerjasama (bertaawun) dalam mengharungi cabaran arus perdana politik tanah air.

“Kedua-dua parti telah memuktamadkan dan akan memeteraikan satu piagam bersama dan satu memorandum persefahaman yang telah siap digubal oleh satu jawatankuasa bersama yang diwujudkan sebelum ini,”

“Kedua-dua parti memutuskan piagam ini akan ditandatangani sendiri oleh presiden kedua-dua parti,” kata kenyataan bersama dua setiausaha agung parti itu, Annuar Musa dan Takiyuddin Hassan.

Menurut kenyataan bersama ini bahawa majlis bersejarah itu akan turut dihadiri oleh semua pemimpin UMNO dan PAS dari seluruh negara.

UMNO dan PAS mula mengadakan kerjasama secara serius sejak Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameroon Highlands, diikuti PRK Semenyih dan kemudiannya PRK Rantau.

Dalam PRK Sandakan, kedua-dua parti membantu PBS menentang DAP.

Walaupun piagam belum dimeterai secara rasmi, kerjasama peringkat akar umbi kedua-dua parti telah berjalan dengan baik.

Tambahan pula kerakusan DAP mempertikai hak istimewa orang Melayu, mengganggu hal ehwal agama Islam, menyerang institusi raja-raja dan mengetepikan bahasa kebangsaaan menyedarkan orang Melayu keperluan kembali bersatu.

Pada masa yang sama kegagalan kerajaan DAP-PH menunaikan janji pilihan raya menyebabkan orang Melayu kembali memberi harapan kepada kepimpinan lama. – 25 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.