AHLI Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya menyifatkan kenyataan-kenyataan Wan Ji Wan Hussin sebelum ini jelas menentang institusi raja-raja.

Gerakan yang dilakukan oleh Wan Ji dan beberapa pihak lain bukan sahaja menyokong bahkan wancana dalam media mereka mula menjurus ke arah menyentuh isu raja-raja.

“Gerakan ini sangat serius. Matlamat mereka mahu memusnahkan institusi raja-raja dan menjadikan Malaysia sebuah negara republik,” kata Fathul.

Menurut Fathul, perjuangan umat Melayu khususnya bukanlah memaksumkan raja-raja tetapi lebih kepada mempertahankan institusi itu sendiri.

Hal ini kerana institusi ini merupakan penaung kepada agama Islam di negara ini.

Raja-raja juga adalah manusia biasa yang tidak lekang daripada kelemahan.

“Tanggungjawab kita sebagai rakyat hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah agar raja-raja menjaga rakyat dan agama,” kata Fathul.

Jika ingin membuat teguran, gunakanlah saluran yang betul.

Fathul memberi contoh, dalam mana-mana parti politik, jika ada ahlinya yang menyerang dan memburuk-burukan parti sendiri secara terbuka dan tidak menggunakan saluran yang betul, ahli itu akan dikenakan tindakan disiplin.

Begitu jugalah dalam hal menegur raja-raja. Ada adab dan saluran yang sepatutnya.

Pada 9 Julai lalu, Wan Ji dijatuhkan hukuman setahun penjara.

Wan Ji didakwa pada 10 September 2014, menerbitkan perkataan yang menghina Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 iaitu denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama. – 25 Julai 2019

2 COMMENTS

    • Alhamdulillah, saudara dah tahu dia dpt gelaran Dato’ maka kena panggil la sesiapa yg mengikut gelannya, kalau saudara dapat taraf tu maka saudarapun layak dipanggil sedemikian, panggilah orang mengikut taraf&gelaran mereka sbb di dahi tiada tertulis perkataan apa pun

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.