Bangkitlah rakyat, pemimpin Melayu bela Adib!

0

KETIKA Teoh Beng Hock mati ketika disiasat SPRM, pemimpin Bangsa DAP anjur demonstrasi kecil bagi menuntut kebenaran terhadap kematian ahli politik Cina itu.

Malah selepas menjadi kerajaan pun, mereka masih meneruskan agenda memperjuangkan nasib Beng Hock.

Begitu juga dengan Chandran Perumal yang mati dalam tahanan polis. Gerakan membela nasib suspek penculik itu juga dibuat.

Begitu konsisten mereka mempertahankan isu yang melibatkan kaum mereka sendiri.

Tapi lain pula nasib dengan arwah anggota bomba yang mahu melaksanakan tugasnya pada negara, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Inkues kematiannya yang berlangsung selama lima bulan sudah berakhir semalam dan ditutup oleh mahkamah.

Tapi apa keputusannya? Rakyat sudah tertanya-tanya.

Malangnya, tiada pemimpin tidak kira dari kerajaan dan pembangkang terutamanya Melayu, bertanyakan perkara ini.

Tiada langsung usaha mereka menekan kerajaan Pakatan Harapan agar mendedahkan hasil inkues tersebut.

Atas sikap leka pemimpin politik Melayu ini, Dato’ Azwanddin tampil untuk menyeru mereka dan rakyat agar bangkit menegakkan keadilan buat arwah Adib.

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) itu tidak mahu pemimpin Melayu terlupa dengan tragedi yang menimpa Adib.

Malah beliau mahu pemimpin dan rakyat bangkit membela arwah Adib sama seperti gerakan membela Beng Hock dan Chandran.

“Rakyat mahu tahu jika inkues kematian Adib mendapati ada unsur jenayah atau kecuaian,” kata Azwanddin.

Bagi mereka yang lupa, Adib meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami dalam insiden rusuhan kuil di Seafield pada November tahun lalu.

Rakan-rakan Adib bermati-matian mempertahankan kematian Adib berpunca akibat dipukul perusuh.

Lima suspek sudah ditahan, tetapi kemudiannya dilepaskan apabila Peguam Negara Tommy Thomas beri arahan agar inkues diadakan.

Ini mengundang kemarahan rakyat kerana dalam kes Beng Hock dan Chandra, kerajaan dulu akur dengan tuntutan pihak berkepentingan agar diadakan Suruhanjaya Diraja (RCI) dan inkues kematian buat Chandran.

Tapi dalam kes Adib pula, rakyat mendesak agar menubuhkan RCI tetapi Tommy berdegil untuk buat inkues.

Lebih menaikkan kemarahan, inkues berjalan dengan penuh kontroversi apabila peguam mewakili keluarga Adib, Syazlin Mansor dipecat oleh Tommy.

Sebelum itu, pakar-pakar forensik yang dipanggil bercanggah pendapat dan mengelirukan rakyat dengan keterangan yang diberikan.

Ada pakar kata kesan kecederaan Adib akibat dipukul, ada pula kata akibat dilanggar kenderaan bomba. Memang mengelirukan.

Tidak seperti inkues Chandran, segalanya berjalan lancar dan telus selepas keputusannya menunjukkan memang benar berlaku kecuaian polis.

Akhirnya, keluarga Chandran menyaman polis atas kecuaian tersebut.

Sebab itu, Azwanddin membangkitkan persoalan tentang inkues yang dijalankan terhadap Adib yang amat diragui ketelusannya ekoran campur tangan pihak tertentu.

Katanya, inkues bukanlah satu perbicaraan jenayah kerana tiada pertuduhan, tiada pendakwaan mahupun pembelaan.

Dalam erti kata lain, tiada tertuduh yang dibicarakan oleh mahkamah sedangkan polis sudah menahan lima suspek yang dikaitkan dengan kematian Adib.

“Antara perkara penting yang perlu dititikberatkan oleh mahkamah sewaktu inkues adalah bagaimana cara si mati meninggal dunia dan siapa bertanggungjawab atas kematiannya?” soalnya.

Sudah terang lagi bersuluh, Adib meninggal dunia akibat kecederaan daripada rusuhan yang tercetus.

Tidak kira sama ada dilanggar atau dipukul, Adib tetap adalah mangsa kerakusan pihak yang terlibat dalam rusuhan itu sama ada pihak pengurusan atau kuil.

Oleh itu, Azwanddin mengingatkan rakyat bahawa kes Adib ini tidak boleh didiamkan begitu sahaja.

“Pihak keluarga Arwah harus bersedia untuk melakukan tindakan susulan selepas keputusan inkues diumumkan untuk mendapatkan keadilan sebenar untuk Arwah dan pembelaan yang sewajarnya,” katanya.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.