DATUK Seri Najib Razak memberi bayangan bahawa hibah Tabung Haji bagi 2019 mungkin tidak melebihi 1.25 peratus seperti tahun lepas.

Berdasarkan coretannya dalam Facebook hari ini, bekas Perdana Menteri itu mengulas mengani pengumuman prestasi Tabung Haji bagi tempoh enam bulan pertama 2019.

Berdasarkan ringkasan, Najib menunjukkan jumlah aset iaitu RM74 bilion berbanding jumlah liabiliti Tabung Haji iaitu RM72.2 bilion setakat 30 Jun 2019.

Jelasnya, kadar pendapatan Tabung Haji adalah Rm1.3 bilion dan menjana keuntungan sebanyak RM815 juga bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Najib turut membuat perbandingan prestasi Tabung Haji bagi 2018 iaitu jumlah aset (76.5 bilion), liabiliti (RM75.5 bilion) dan jumlah pendapatan (RM4.2 bilion) dan keuntungan (RM2 bilion) bagi tempoh sepanjang 2018.

“Ini bermakna jumlah aset Tabung Haji telah jatuh RM2.5 bilion sejak akhir tahun 2018.

“Dana sebanyak RM3.3 bilion juga telah dikeluarkan oleh pendeposit sejak akhir tahun lepas.

“Manakala keuntungan untuk 6 bulan pertama tahun 2019 sebanyak RM815 juta ini masih belum capai 50% dari jumlah keuntungan keseluruhan sebanyak RM2 bilion tahun lepas di mana kita dapat Hibah 1.25% iaitu paling rendah dalam sejarah.

“Nampaknya peluang kita mendapat Hibah yang jauh lebih tinggi untuk tahun 2019 ini berbanding kadar 1.25% tahun lepas masih belum cerah,” katanya.

Sehubungan itu, Najib menyindir Menteri Jaga Agama, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa agar melaksanakan tugasnya.

” Menteri Jaga Agama, hentikan berpolitik. Sila buat kerja.

“Dengan kepandaian Menteri Jaga Agama dan Menteri Kewayangan (Lim Guan Eng), tiada sebab Tabung Haji tak boleh memberi Hibah tahunan lebih dari purata 6.5% seperti yang diberi pada tempoh 9 tahun di bawah BN masa saya PM,” sindirnya. – 25 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.