JAM mewah itu dibeli, bukan rasuah.

Itu kisah sebenar berkenaan jam tangan mewah setiausaha politik kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub.

Perkara ini diakui Menteri undang-undang Liew Vui Keong hari ini.

Liew Vui Keong membalas soalan Ahli Dewan Negara daripada Ibrahim Shah Abu Shah mengenai status tuduhan rasuah terhadap setiausaha politik Menteri PAN itu.

“SPRM membebaskan kerana dia dapat menjelaskan di mana dia mendapat wang untuk membeli jam tangan itu, ” jelas Liew ringkas.

Pada 1 April, SPRM menahan pegawai Salahuddin itu atas dakwaan menerima jam tangan mewah sebelum dibebaskan empat hari kemudian.

Beliau disiasat di bawah Seksyen 16 (a) Akta SPRM.

Salahuddin bagaimanapun menafikan kewujudan projek pembangunan yang dikatakan dalam penahanan pembantunya.

Namun, mengikut pekeliling perkhidmatan awam tahun 2018 memaparkan gaji pembantu menteri seperti setiausaha sulit hanyalah kira-kira RM6,000 sebulan dan demikianlah juga gaji setiausaha politik, di mana pendapatan mereka hanyalah RM72,000 secara tahunan.

Jika sebuah jam mewah berharga RM28,000, ini bermakna pembantu tersebut mungkin ‘menyimpan’ keseluruhan pendapatan bulanan beliau sebanyak empat (4) bulan gaji hingga mampu membeli jam mewah berkenaan! – NTHQiBORD, 25 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.