SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih boleh membuka semula kes rasuah melibatkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng, kata MIC Pulau Pinang.

Pengerusinya, M. Nyanasegaran berkata, kenyataan ketua SPRM, Latheefa Koya bahawa agensi antirasuah itu tidak boleh membuka semula kes tersebut itu kerana mahkamah telah membuat keputusan adalah tidak tepat.

Sebelum ini, Latheefa berkata tiada keperluan SPRM membuka semula kes rasuah banglo melibatkan Guan Eng memandangkan kes tersebut sudah diputuskan oleh mahkamah.

Katanya, adalah tidak masuk akal untuk SPRM membuka semula kes yang sudah selesai di mahkamah melainkan sekiranya didapati terdapat unsur yang salah dalam proses tersebut.

Namun Nyanasegaran berkata, hakikatnya adalah bahawa mahkamah membebaskan Guan Eng selepas tiga minggu perbicaraan itu bermula apabila Peguam Negara yang baru dilantik Tommy Thomas menggugurkan tuduhan itu.

“Oleh itu, mahkamah tidak pernah membuat apa-apa keputusan mengenai kes itu selepas perbicaraan selesai sepenuhnya.

“Ia masih boleh dibuka dan mereka yang terlibat masih boleh didakwa,” kata Nyanasegaran.

Tommy, yang dianggap sebagai lantikan politik DAP, memberitahu mahkamah bahawa pendakwaan telah memutuskan untuk menghentikan kes itu, keputusan dianggap sebagai kejutan oleh SPRM.

Pada 3 September 2018, Mahkamah Pulau Pinang menggugurkan kes dan membebaskan Guan Eng dari skandal itu.

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu bebas bersama ahli perniagaan wanita, Phang Li Khoon.

Kes itu digugurkan selepas Pakatan Harapan mengambil alih kuasa pemerintahan empat bulan sebelumnya.

Guan Eng didakwa deang dua tuduhan menyalahguna kuasa untuk meluluskan perjanjian tanah dan pembelian sebuah banglo di Jalan Pinhorn, George Town City, mengikut harga bawah pasaran. – NTHQiBord, 25 Julai 2019.

2 COMMENTS

  1. Heret ke mahkamah semula LGE tu..rakyat mmang tidak berpuashati dgn kes pembelian banglo LGE tu…selama ini LGE saja yg nak perkenakan pemimpin2 yg lain..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.