PARTI Amanah disaran agar menggunakan logo DAP pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti, kata Presiden PAS.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kemenangan parti Amanah pada PRU lalu bukan atas kaki sendiri.

“Amanah pula lebih kepada DAP, sebab itu saya cadang Amanah guna simbol ada DAP dalam PRU akan datang.

“Ia juga memandangkan parti serpihan itu tidak mempunyai kekuatan di kawasan majoriti Melayu khususnya di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

“Dia (Amanah) kuat di kawasan yang ada pengundi DAP, sebab itu lebih baik pakai logo DAP.

“Pakai simbol itu bagi sambung talian hayat dia (Amanah) dan langkah itu lebih penting,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Abdul Hadi, dalam parti gabungan Pakatan Harapan (PH) hanya Bersatu sahaja yang masih mempertahankan Melayu dan agama Islam.

“Bersatu saja yang mempertahankan Melayu dan Islam tetapi bilangan kerusi dimenangi parti itu agak kecil.

“PKR pula dilihat sebagai parti yang mewakili semua kaum.

“Manakala Amanah pula lebih kepada mewakili) DAP,” katanya.

Selain daripada itu, Abdul Hadi turut menjelaskan kerjasama PAS dan UMNO adalah merupakan inisiatif untuk mengukuhkan penguasaan orang Melayu dan bumiputera dalam politik negara.

“Kerjasama kita untuk tumpu dominasi Melayu dan Islam.

“Kita perlu sedar 70 peratus bumiputera Islam dan bukan Islam adalah mendominasi penduduk.

“Kita tumpu Umno dan PAS dulu, ini parti terbesar orang Melayu Islam,” katanya. – 26 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.