ANWAR Ibrahim memerlukan DAP untuk mencapai cita-cita politiknya.

Ini yang diperkatakan Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataannya semalam.

“Semua yang dilaksanakan oleh DAP dianggap benar belaka (bagi Anwar Ibrahim) kerana parti itu telah menjadi tulang belakang sebagai rakan kongsi politik yang harus digendong olehnya untuk mencapai cita-cita politik beliau,” kata Zahid.

Zahid juga membidas semula Anwar dengan menyatakan Umno dan BN tidak pernah dan tidak akan mengamalkan sikap perkauman seperti mana dilakukan sekutu Anwar, iaitu DAP.

“Kerjasama antara Umno dan PAS, turut melibatkan pelaksanaan dasar menjaga semua golongan bersama-sama parti lain dari pelbagai kaum dan agama,” katanya.

Sementara itu Zahid turut meminta Anwar menyelesaikan masalah dalam PKR yang kini bagaikan ‘retak menanti belah’.

“Dalam PH sendiri kemelut antara parti sudah menjadi rahsia umum. Sudah terang lagi bersuluh,” katanya.

Sebelum itu, Anwar berkata pendirian Zahid mengenai DAP adalah ‘jelas bersifat perkauman’.

“Bagi saya, untuk memenuhi (matlamat) negara ini, anda mesti berupaya untuk bekerja dengan Malaysia atau mana-mana parti politik yang berkongsi prinsip dan cita-cita yang sama. Ia mesti secara khusus. Mereka tidak setuju dengan DAP pasal apa?” kata Anwar seperti dipetik dari The Star Online. 

Ironinya, Presiden Umno itu pernah menjadi orang kuat kepada Anwar dan merupakan ‘suara Anwar’ dalam Pemuda UMNO suatu ketika dahulu.

Perbedaan dan perang mulut Zahid-Anwar hari ini mungkin signal, nilai DAP lebih penting berbanding nilai persahabatan mereka suatu ketika dahulu di mata Presiden PKR itu. – NTHQiBord, 26 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.