AZMIN Ali, yang terpalit kontroversi video semburit dijangka keluar daripada PKR dan menyertai Parti Gerakan dalam masa terdekat ini, lapor sebuah media tempatan.

Azmin dikatakan mengambil langkah itu berikutan pergeseran beliau dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan tersebarnya video semburit yang dikatakan melibatkan Azmin.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu dikatakan masih berbincang dengan pemimpin Gerakan.

Parti Gerakan sebelum ini keluar dari Barisan Nasional (BN) dan tidak menyertai mana-mana gabungan.

Langkah ini akan membolehkan parti berkenaan menyertai Pakatan Harapan (PH) yang menjadi kerajaan hari ini.

Walau bagaimanapun, Setiausaha politik Azmin, Hilman Idham menafikan kononnya Timbalan Presiden PKR itu akan keluar parti selepas malu dengan isu yang melanda dirinya.

“Malangnya, itu tidak akan berlaku. Mohamed Azmin akan tetap bersama PKR,” katanya kepada Sinar Harian.

Amirudin Shari juga dalam satu kenyataan menolak dakwaan pihak tertentu bahawa Azmin serta beberapa pimpinan meninggalkan parti PKR dan menyertai Bersatu.

“Setahu saya, beliau (Azmin) menang majoriti besar selaku Timbalan Presiden PKR dan selaku majoriti, tiada isu beliau keluar parti,” katanya. – NTHQiBord, 26 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.