NAIB Ketua Pemuda, Amanah Negeri Melaka, Fakhrul Razi Hamdan dalam satu kenyataan menafikan tuduhan fitnah penamatan kontrak serta merta Datuk Hj. Rahimin Bani.

Menurut Fakhrul Razi, tuduhan yang dilemparkan itu tidak berasas dan beliau (Rahimin Bani) sedang mengambil cuti sehingga Isnin hadapan yang mana telah dipohon sejak awal lagi.

“Tuduhan tersebut merupakan fitnah ke atas YB Mohd Sofi.

“Satu laporan Polis telah dibuat bagi menutup fitnah.

“Mohon pihak berkuasa mengenakan tindakan ke atas pemilik-pemilik laman Facebook yang menyiarkan serta berkongsi fitnah tersebut,” katanya.

Selain itu, Fakhrul Razi berkata, kontrak tugas Rahimin Bani dimaklumkan telah tamat pada 2018 namun disambung semula oleh kerajaan negeri Melaka sehingga 2019.

“Kerajaan negeri memendekkan kontrak perkhidmatan beliau sehingga 31 Ogos 2019.

“Ia bagi memberi peluang kepada pegawai baru mengambil alih tugas tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Fakhrul Razi berharap agar semua pihak berhenti daripada menyebarkan sebarang tuduhan atau fitnah ke atas Timbalan Pengerusi Maim, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab.

“Pastikan setiap berita yang diterima dipastikan kesahihannya dahulu dengan penuh cermat dan amanah sebelum disebarkan.

“Jadilah penyebar Rahmah, bukan penyebar Fitnah,” katanya. – 26 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.