KEBALNYA Wan Ji di Malaysia baharu.

Mungkin kerana beliau adalah ‘staff’ Lim Guan Eng dalam tugasan penerangan.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Hj. Rahimin Bani bakal ditamatkan perkhidmatannya pada 31hb Ogos 2019, tulis penyelia laman Facebook Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kota Melaka.

Penamatan kontrak itu kerana tindakan beraninya menegur seorang Exco Negeri Melaka berkenaan tauliah penceramah Ustaz Wan Ji yang menimbulkan kekecohan baru-baru ini.

Pemilik akaun Facebook ‘Amitahb Hassan’ melalui hantaran di Facebook beliau turut mengakui sahabatnya, Hj Rahimin bakal ditamatkan perkhidmatan selepas beliau menghubungi Hj Rahimin melalui panggilan telefon.

Hantaran itu tular hingga mendapat 1300 tanda suka sebagai sokongan kepada Hj Rahimin.

“Memang betul sahabat aku ini ditamatkan perkhidmatan sebagai Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa JAIM disebabkan beliau menegur Exco dan Wan Ji yang tak ada tauliah berceramah di Melaka,” tulisnya.

Amitahb turut menyelar Exco Negeri Melaka yang didakwa tidak menghormati tugas Hj Rahimin.

Terdahulu, Wan Ji menimbulkan kekecohan apabila berceramah di Masjid Parit Melana, Durian Tunggal, Melaka.

Kehadiran Wan Ji sebagai penceramah mendapat bantahan penduduk dan kariah kerana Wan Ji sebelum ini lantang menghina sultan dan raja-raja.

Exco Negeri Melaka yang merupakan wakil rakyat dari Pan, Sofi Wahab lantang mempertahankan Wan Ji hingga memerli kariah masjid dengan kenyataan ‘selepas ini kita roboh masjid pula’. – 26 Julai 2019

2 COMMENTS

  1. yb kerajaan di melaka semua tunjuk samseng ingatkn ada seko aja tapi banyak eko ……. tk leh tegoh. bg penceramah ugama yg tk da tauliah, ikut suka kepala bapak dia. esok2, bg fia bg kat lge, lks dan watia morty gelaran ustaz nanti blh ceramah agama kat mesjid

  2. Hingga nak robohkan masjid disebabkan nak mempertahankan si wanji tu? Melayu lagi yg nak menjahanamkan Melayu/Islam!!!!!
    سبحان الله
    يا الله، تورونكنله بالا كإتس اورغ٢ سفرتي اين

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.