BEBERAPA hari lalu, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu (Mat Sabu) memaklumkan bahawa pembinaan empat buah kapal pesisir TLDM di China menjimatkan kos RM122 juta, lapor Malaysiakini.

Pada asalnya, pada April 2017, Kerajaan Barisan Nasional (BN) bersetuju membeli empat buat kapal pesisir ini dari China dengan harga RM1.17 bilion.

“Kita berunding dengan mereka dan semua pihak bersetuju bahawa dua kapal akan dibina di China dan dua lagi dibina di Malaysia oleh syarikat Boustead Naval Shipyard,” ulas Datuk Seri Najib Razak dalam Facebook.

Selepas berlaku perubahan kerajaan pusat, kemudiannya pada 29 Oktober 2018, Menteri Kewangan dengan persetujuan Mat Sabu telah mengarahkan keempat-empat kapal itu akan dibina di China.

Dengan ini, mereka dapat menjimat RM122 juta kerana kos kontrak akan turun ke RM1.048 bilion.

Dari satu sudut, perubahan keputusan ini memang menjimatkan kos.

Namun, menurut Najib apa yang berlaku sebenarnya ialah “untung secupak rugi segantang”.

Ini yang dimaksudnya peribahasa “penny wise, pound foolish”.

Maksudnya, pemikiran yang sempit dan tidak berpandangan jauh.

Najib mempertikaikan benarkah keputusan itu menguntungkan? Pandaikah mereka?

Padahal, Syarikat Boustead ini milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang mendapat hak membina kapal itu di Malaysia ialah syarikat milik

Jika kedua-dua kapal itu dibina di Malaysia, wujud peluang kerja untuk anak tempatan.

Pada masa yang sama akan berlaku perpindahan teknologi. Pekerja Malaysia berpeluang belajar sesuatu.

“Pada masa hadapan dengan ilmu yang diperoleh, kita mampu membuat penyelenggaraan dan menaik taraf kapal sendiri.”

“Tidak perlu bayar begitu banyak kepada pihak asing lain kali. Tidak perlu semua bergantung kepada negara China,” kata Najib.

Jika tiada perubahan dalam perjanjian itu Syarikat Boustead dapat keuntungan dan membayar dividen kepada LTAT.

LTAT pula boleh membayar dividen kepada ahli-ahli.

Akan ada limpahan ekonomi dan ada kitaran wang dalam negara yang berkali-kali ganda lebih besar berbanding RM122 juta yang dikatakan jimat.

Sekarang, limpahan ekonomi dan kitaran wang semua ada di negara China.

“Akhirnya kita menjadi pengguna sahaja. Terpaksa bergantung penuh kepada negara lain. Boustead kehilangan peluang. LTAT dan ahli-ahli mereka tidak mendapat apa-apa,” kata Najib lagi. – 26 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.