LEMBARAN baru politik di Pulau Pinang.

PAS Negeri Pulau Pinang telah menerima kunjungan hormat dari MIC Pulau Pinang dalam pertemuan bersejarah di Bandar Perda.

Kunjungan diketuai Pengerusi MIC Pulau Pinang, Datuk Nyana Segaran disambut Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff.

Nyana Segaran dalam ucapannya itu menyuarakan penyaksiannya bahawa Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bukanlah ekstremis sepertimana yang DAP tanggapi sebelum ini.

Bahkan PAS telah buktikan tidak membawa sebarang ancaman kepada bangsa lain yang dapat juga disaksikan antaranya keamanan hidup berbilang kaum di Kelantan dan adanya tokong besar Buddha.

Ustaz Fauzi pula dalam ucapannya membawa petikan sama dibaca Presiden PAS iaitu ayat 13 surah al-Hujurat mengenai perakuan Allah dan perintah saling mengenali di sebalik kewujudan pelbagai kaum.

Pertemuan pertama yang turut membicarakan pandangan mengenai politik negeri ini juga menyuarakan persetujuan kedua pihak untuk menjatuhkan Kerajaan PH dikuasai DAP Pulau Pinang.

Terdahulu, Ketua Pemuda Dewan Pemuda Pas Malaysia, Ir Hj Khairil Nizam mengadakan pertemuan dengan Nicole Wong Siaw Tiang, Ketua Pemuda MCA.

Ir Hj Khairil yang mengadakan pertemuan dengan Nicole Wong Siaw Tiang, Ketua Pemuda MCA berpendapat walaupun Pas dan MCA berlainan ideologi, kedua-dua parti itu mempunyai impian yang sama iaitu meneroka budaya politik baru yang segar, matang, dan sejahtera. – NTHQiBord, 26 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.