DAHULU Pakatan Harapan (PH) lantang mempertikai lantikan berunsurkan politik dalam syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC).

Tetapi apa yang dilihat, kerajaan PH hari ini masih meneruskan lantikan dalam kalangan politik.

Malah, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, lantikan itu akan dibuat berdasarkan kelayakan individu tersebut.

“Bukan semua ahli politik terbabit dalam gejala rasuah kerana ia melibatkan semua pihak.

“Kalau layak dan berwibawa, kita pertimbangkanlah.

“Dasar PH itu jelas dan kita tidak beranggapan semua yang bukan politik itu tidak korup atau terlibat dengan rasuah,” katanya dalam satu kenyataan.

Anwar juga berkata, tindakan rasuah ini bukan sahaja terjadi dalam kalangan politik malah, ia turut melibatkan penjawat awam dan sektor swasta.

“Negara ini sentiasa menyaksikan rasuah itu berlaku dalam kalangan politik tetapi ia boleh berlaku dalam sektor lain.

“Tetapi gejala rasuah ini kita harus banteras tanpa mengambil kira kedudukan mereka,”katanya. – 26 Julai 2019

6 COMMENTS

  1. PH macam ayah kepada anak2nya.
    Kadang2 ada janji yg terpaksa ditangguh & diubah pada anak2 sbb situasi ketika berjanji itu berbeza dgn keadaan semasa.
    Apapun sebagai ayah/pimpinan kerajaan, lebih tahu cara apa/bila nak jalankan perjanjian.
    YANG PASTI UTK KEBAIKAN ANAK2/NEGARA.

  2. macamlah kamu tak kenal mahathir baginya apa pon matlamat menghalalkan cara dan lidahnya kata kata mu dulu lidah bercabang jangan jadi melayu mudah lupa perbuatannya bermuslihat kepentingan diri

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.