SERAMAI 11 daripada 18 ahli PKR Cabang Masjid Tanah bertindak untuk keluar daripada parti itu.

Tindakan itu dipercayai diambil oleh ahli berkenaan berikutan kemahuan mereka untuk mendapatkan jawatan tidak ditunaikan.

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang bertindak sebagai Setiausaha Agung parti itu menjelaskan, beliau tidak terkejut dengan keputusan yang diambil oleh mereka terutamanya keputusan yang melibatkan ahli baharu.

“Jawapan yang diberi oleh ketua cabang masjid tanah itu pun kena tengok juga.

“Dia kata 18, tapi 11 orang itu masuk selepas pilihan raya umum 14, mereka ini yang keluar parti,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, Nasution berkata, salah seorang yang keluar itu adalah naib pengerusi cabang yang telah memegang jawatan itu selama tiga penggal.

“Naib pengerusi cabang yang didakwa keluar, tetapi setiap alasan mereka diteliti kembali.

“17 yang lain itu adalah daripada cabang yang sama.

“7 daripadanya memang orang lama, jadi barulah seimbang sikit, bunyi 18 keluar parti, 11 itu baru masuk saja, mereka masuk berhasrat untuk diberikan beberapa jawatan.

“Jadi bila tak dapat maka pilih untuk keluar,” katanya.

Dalam pada itu, Nasution menambah sekiranya seorang ahli mempunyai komitmen tinggi kepada parti, beliau tidak akan sewenang-wenangnya mengambil tindakan keluar parti.

“Saya percaya ahli yang komited, tebal idealisme dia, tinggi komitmen dia kepada parti, dia takkan ambil langkah macam itu,”

“Saya juga percaya langkah mereka yang keluar parti pada 24 Julai lalu itu kerana tidak berpuas hati dengan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka,” katanya. – 26 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.