SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM) perlu menangani isu berkaitan rasuah dalam perniagaan serta salah guna kuasa dalam urusan pemberian tender-tender kerajaan, kata sebuah pertubuhan antirasuah.

Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) berkata, pihaknya dan rakyat melihat urusan pemberian tender-tender kerajaan masih tidak telus, seolah-olah dikawal oleh pihak tertentu.

“sebagai NGO MCW berhak suarakan pandangan dan harapan rakyat terutamanya dalam isu berkaitan rasuah dalam perniagaan serta salah guna kuasa

“(Terutamanya) Dalam isu berkaitan rasuah dalam perniagaan serta salah guna kuasa dalam urusan pemberian tender-tender kerajaan yang dilihat masih tidak telus malah, seolah-olah dikawal oleh pihak tertentu,” kata MCW dalam satu kenyataan.

Terdahulu, kepimpinan MCW mengadakan pertemuan dengan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon di Parlimen untuk datang berbincang mengenai isu-isu yang berlaku di dalam negara.

Dalam pertemuan ini, MCW menjelaskan pendirian bahawa akan sentiasa menyokong kerajaan dan SPRM dalam hal berkaitan pencegahan dan pembanterasan rasuah negara.

Selain itu, isu pelantikan kontroversi Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya juga disentuh dalam perbincangan itu.

“MCW melihat masyarakat sudah semakin dapat menerima rasional pelantikan tersebut.

“KP SPRM juga sudah menampakkan pergerakan yang berani untuk mengambil tindakan terhadap kes-kes rasuah mega dan salah guna kuasa yang melibatkan pemimpin kerajaan atau parti tertentu,” kata MCW.

MCW menerima saranan Mohd Rashid agar mengusulkan kepada Kementerian Pendidikan berkaitan subjek atau kempen atau sebarang idea kerjasama bagi tujuan mendidik generasi muda tentang rasuah.

Ini kerana katanya, langkah itu dapat menanam budaya antirasuah dalam kalangan pelajar dan kakitangan di institusi-institusi pendidikan di seluruh tanah air sebagai usaha awal mendidik dari akar umbi masyarakat. – 26 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.