PERBALAHAN antara Datuk Seri Azmin Ali dan Datuk Seri Anwar Ibrahim seolah-olah tiada kesudahannya.

Terbaharu, Azmin yang merupakan Timbalan Presiden PKR memuat naik status dalam Twitter seperti menyindir Presidennya.

“Banyak tu je………” tulisnya dan ia mengundang pelbagai tafsiran dalam kalangan netizen.

Status itu dinaikkan ketika ahli pimpinan PKR negeri menyatakan sokongan dan ikrar kepada Anwar.

Bagaimanapun, semalam, Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin mempertikaikan kenapa perlu ada ikrar sokongan kepada presiden parti ketika ini.

Zuraida merupakan penyokong kuat kem Mohamed Azmin dalam PKR.

Dalam pada itu, Anwar pula dilihat enggan lagi mengulas isu berkaitan kes video yang sama termasuk apabila ditanya kenyataan setiausaha politiknya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang terang-terangan mengkritik Mohamed Azmin.

Farhash dan beberapa pemimpin PKR lain sebelum itu diberi amaran kerana mengeluarkan kenyataan memburukkan imej pemimpin atasan parti itu. – 27 Julai, 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.