PERALIHAN tampuk kepimpinan kerajaan memperlihatkan gerakan menghapuskan institusi raja-raja Melayu semakin aktif dijalankan.

Kalau dahulu, kita lihat gerakan ini sudah wujud namun, ia dapat ditepis dan dipertahankan oleh kerajaan terdahulu, kata Timbalan Pengerusi Ummah Melaka, Hishamuddin Abu Bakar.

“Kalau dulu sudah ada, sekarang ini kita makin risau sebab peluang makin terbuka untuk mereka,” katanya ketika ditemui NTHQibord.

Kerisauan itu ditambah dengan pelbagai perkara terjadi dalam kerajaan baharu ini termasuklah raja-raja kita tidak dihormati dan dijaga martabat mereka.

“DAP sudah jadi kerajaan siapa yang tidak risau.

“Mereka yang pegang kerajaan dan menghapuskan raja berpelembagaan ini merupakan agenda utama mereka,” katanya.

Selain itu, Hishamuddin berharap Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad membubarkan Parlimen secepat mungkin.

“Kalau Tun M masih ada belas kasihan kepada bangsa Melayu ini cepat-cepat bubar parlimen.

“Kita buat pertukaran kerajaan baharu,” katanya. – NTHQiBord, 25 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.