KENYATAAN Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang bertajuk ‘Thanks Again, Zahid, for the Latest Explanation on ‘Klepto-Theocracy’ yang disiarkan dalam sebuah portal dikecam Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

Menurut Khaled, artikel tersebut merupakan penzahiran sifat hasad dan ketidakfahaman Kit Siang tentang dinamika politik Melayu sekarang.

“Ada beberapa realiti yang DAP dan Kit Siang sukar fahami, kerana ia secara langsung menggugat kepentingan politik mereka,” katanya.

Mohamed Khaled berkata, realiti pertama di dalam ekosistem demokrasi, semua orang bebas berpendirian.

Katanya, realiti kedua, penyatuan UMNO dan PAS adalah satu usaha yang praktikal.

“Realiti ketiga, beliau seharusnya akur bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) sekarang menjadi semakin tidak popular hari demi hari.

“Realiti keempat, DAP semakin hari semakin biadab untuk menjadikannya relevan dalam konteks politik semasa,” katanya.

Beliau akui politik Melayu Islam pasca PRU14 tidaklah dalam keadaan terbaik.

“Wujud keraguan dan kekeliruan berikutan pelbagai fitnah dan tuduhan terhadap kepimpinan seperti diketahui umum mutakhir ini. Namun biarkanlah kami menyelesaikannya dengan cara kami sendiri.

“Ini dapat dilakukan dengan membuang segala tembok pemisah yang membeza-bezakan orang Melayu agar suara bangsa ini sekali lagi dapat mewujudkan satu tumbukan politik yang kuat dalam sistem demokrasi negara seperti yang telah dilakukan pendukung-pendukung bangsa dahulu,” katanya. – 27 Julai, 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.