PRESIDEN PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang diibaratkan sebagai tukang karut baharu dilahirkan kumpulan dikir barat ‘PASNO’, kata Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar.

Ini kerana kata Mahfuz, Hadi kini seolah-olah mengambil alih peranan UMNO sebagai tukang karut untuk menakutkan pengundi Melayu.

Mahfuz berkata, kini Hadi menjadi tukang karut baharu yang dilahirkan ‘PASNO’ apabila mula menjalinkan persahabatan dengan UMNO.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada UMNO yang berjaya mencipta tukang karut baharu, yang mana dahulunya UMNO yang mengambil peranan sebagai tukang karut untuk takutkan pengundi Melayu.

“Ketika itu, Pas dikatakan ada hubungan dengan DAP.

“Saya ingat lagi Presiden Pas nafi dan kata tiada masalah, wajib sokong DAP dan haram sokong UMNO sampai kiamat,” katanya.

Beliau mengulas saranan Hadi supaya Amanah menggunakan logo DAP dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang memandangkan parti itu menang atas sokongan DAP dan tidak ada kekuatan di kawasan Melayu.

Sebelum ini, Hadi memberi saranan supaya Amanah menggunakan logo DAP dalam PRU akan datang demi menyambung talian hayat parti itu. – 27 Julai, 2019.

7 COMMENTS

  1. Datuk Mahfuz Omar is desperate and do not know what to do. The membership in Amanah is not increasing and his party has been rejected by the Malays. As such, he has to attack Datuk Seri Abdul Hadi Awang. He has sold himself to the enemies of Islam. His paper qualification is questionable. It is good for him to make “taubat” and return to PAS. He is not even qualified to call himself a minister.

  2. Mafus .. Sampai berbuih la ko bila bercakap, dah kene terajang keluar dari PAS, tak payah meroyan pasal PAS. Cakap macam orang kena sawan. tak de dApiG… Tak de pAn…ada pAn sebab dApiG .

  3. Dulu mahfuzzz@mampus ni prnh jd tukang karut hj.hadi, mat syabu tok joghanya. La ni peranan tukang karut ph diambil alih oleh mujahil dan hanipa myden mamak belukang. Mahfuzz dh tenggelam sbb tu dia gila meroyan la ni

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.