PAS tidak akan mencampuri masalah dalaman yang dihadapi oleh UMNO dan tidak akan meletakkan apa-apa syarat khusus untuk membolehkan kerjasama antara kedua-dua parti itu terlaksana.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerjasama antara PAS dan UMNO adalah untuk memperbetulkan politik negara.

“Itu masalah dalaman (Umno) kita tak campur,” katanya.

Kata Abdul Hadi, PAS sendiri bukan parti malaikat dan mereka juga perlu bersih.

“Kita juga perlu bersih bukan bersih orang lain saja. Kita pun kena bersih juga. Masing-masing parti kena bersihkan parti sendiri.

“Kita (PAS) tak anggap kita parti malaikat,” katanya ketika ditanya sama ada PAS akan meletakkan sebarang syarat kepada UMNO untuk memastikan parti itu bersih terlebih dulu sebelum menjalinkan kerjasama secara rasmi.

Ia susulan pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa yang dihadapi oleh beberapa pemimpin kanan UMNO termasuk Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. – 27 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.