PERSEPSI antara punca Pas dilabel sebagai radikal dan menolak agama selain Islam sedangkan parti Islam itu sendiri tidak pernah mendiskriminasi kaum dan agama lain di negara ini.

Perkara itu diakui sendiri oleh Presiden MIC, Tan Sri S.A.Vigneswaran yang teruja dengan sikap yang ditunjukkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu pertemuan selepas beliau menjadi Presiden MIC.

“Saya kata masalah kami (MIC) ialah agama tapi Tok Guru kata mereka tiada masalah (agama lain).

“Saya kata (kepada Abdul Hadi) ini adalah persepsi rakyat kaum keturunan India bahawa Pas adalah sebuah parti yang keterlaluan, radikal dan tidak akan menerima sebarang lain agama.

“Tetapi apa maklum balas kami terima daripada Tok Guru lain. Beliau kata Pas tidak pernah menentang Perlembagaan,” katanya menurut laporan MalaysiaGazette.

Katanya sebab itu Vigneswaran tidak teragak-agak untuk menyokong usaha penyatuan ummah yang dilakukan di antara UMNO dan Pas selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

“Ketika UMNO bergerak untuk memformalkan kerjasama dengan Pas, pemimpin hari ini cuba meyakinkan perwakilan MIC dalam konvensyen ini bahawa parti itu tidak akan tinggalkan rakan komponen BN yang lain.

“Malah pemimpin MIC yang mengatakan persepsi itu juga meyakinkan semula bahawa imej radikal Pas itu tidak benar dan sengaja dimainkan oleh musuh politik,” katanya lagi. – 27 Julai, 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.