KETUA Penolong Pengarah Penguatkuasa, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Rahimin Bani bakal ditamatkan perkhidmatannya lebih awal daripada yang sepatutnya.

Jika diikutkan, Rahimin akan tamat kontrak pada hujung tahun ini, tetapi beliau terpaksa meninggalkan tugasnya lebih awal iaitu pada 31hb Ogos 2019.

Kontrak beliau ditamatkan kerana tindakan beraninya menegur Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab, berkenaan tauliah penceramah kontroversi Wan Ji Wan Husin yang menimbulkan kekecohan baru-baru ini.

Menurut Exco Majlis Tertinggi Ummah Melaka, Azmi Aziz tindakan Sofi itu lebih kepada dendam kepada mana-mana pegawai yang tidak sealiran.

“Penamatan kontrak lebih awal itu ekoran pendirian Rahimin yang tidak bersetuju dengan tindakan membenarkan Wan Ji Wan Hussin mengadakan kuliah itu,” kata Azmi ketika dihubungi NTHQiBord.

Ekoran kekecohan di kuliah Wan Ji tersebut, Azmi dan tiga lagi dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak polis.

Menurut Azmi, Sofi yang juga Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam, mahu mereka direman, namun polis kemudiannya hanya mengambil keterangan daripada mereka.

Katanya, Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari menyatakan bahawa tiada keputusan menghalang kemasukan Wan Ji dan juga penceramah lain walaupun mereka tidak berpihak kepada kerajaan.

Namun begit jelasnya, semua penceramah dan ilmuwan perlulah mendapat kebenaran dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan serta wajib menghormati institusi Masjid di negeri ini.

Dalam perkembagan lain, Ketua Polis Melaka, Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah mengatakan pihaknya tidak mengeluarkan sebarang kelulusan ceramah kepada penganjur.

Jika ada risiko keselamatan polis hanya memberikan nasihat dan cadangan. Keputusannya terpulang kepada penganjur. – NTHQiBord, 26 Julai 2019.

1 COMMENT

  1. betul2 anat beri arahan sorok muka yb ni, ingat seko je yb ph samseng rupanya berekor2 ……. betul anat dia ni, sampai sidang kg pun dia kacau, contoh sidang kg pulau durian tunggal ramai ank mukim mahu kekalkn sidang lama sebab sidang lama ni politik dia atas pagar tk memihak mana2 pihak senang berusan ….. tapi dia nk tukarkn juga sidang tersebut …… apa le hanat punya yb.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.