PIAGAM UMNO dan PAS yang akan dimeterai hanyalah piagam yang tidak masuk akal dan tidak memberi kesan kepada pentadbiran kerajaan, kata Bersatu Kelantan.

Timbalan Pengerusi Bersatu negeri, Datuk Sazmi Miah berkata, sekiranya piagam itu menjurus kepada satu-satu bangsa sahaja, ia tidak akan memberi kesan kepada rakyat.

“Ini cerita kelakar. Selama 60 tahun mereka (PAS-UMNO) tidak mampu untuk bersama, sekarang boleh timbul kerjasama dalam masa setahun selepas peralihan kuasa.

“Bagaimanapun, saya mengalu-alukan piagam itu dan semestinya rakyat juga boleh menilai sejauh mana kerjasama mereka.

“Mereka tidak akan boleh memerintah negara tetapi boleh jadi pembangkang yang kuat,” katanya lagi.

PAS dan UMNO memuktamadkan kerjasama melalui pemeteraian piagam dan memorandum persefahaman (MoU) yang akan diadakan pada 14 September ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Piagam dan MoU itu akan ditandatangani sendiri presiden kedua-dua parti dan majlis itu akan dihadiri semua pemimpin UMNO serta Pas dari seluruh negara.

Piagam itu juga akan menjadi batu pengukur untuk perbincangan mengenai soal agihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). – 27 Julai, 2019.

1 COMMENT

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.