NAIB Ketua Pemuda PAS, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden tegas menolak
projek tambak laut di Pulau Pinang kerana kesan buruknya lebih banyak kepada ekosistem laut.

Menurut Afnan projek ini juga mendapat bantahan daripada pihak berkuasa sendiri yang menyenaraikan berpuluh perkara yang perlu dipatuhi sebelum diteruskan.

“Projek itu dari awal lagi tidak menepati piawaian Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) yang menilai kesan dan akibatnya.”

“Nampak sangat projek ini tidak dirancang dengan betul, tetapi ada agenda tersirat menambah populasi bukan Melayu sekaligus hak milik Melayu berkurangan,” kata Afnan.

Menurut Afnan, ada tiga buah pulau yang dirancang untuk dibina. Di sini akan dibangunkan projek-projek mewah, dan hasil daripada jualan projek ini akan digunakan untuk menampung kos membuat terowong.

Sudah tentu, harga hartanah yang mahal ini tidak mampu dibeli oleh orang Melayu.

Dalam perkembangan lain, ketika ditanya tentang perkembangan perpaduan ummah UMNO-PAS di Pulau Pinang, beliau menilainya semakin positif.

“Peringkat parti politik antara PAS dan UMNO setakat ini sudah ada dua hingga tiga kali pertemuan dan perbincangan berlaku dengan baik.”

“Walau bagaimanapun dengan NGO dan parti politik pembangkang yang lain baru bermula dan makin positif. Apatah lagi dengan beberapa isu terkini termasuk isu menghina Islam oleh Wendy Loong,” kata Afnan.

Di Pulau Pinang, kesannya lebih terasa bagi umat Islam kerana negeri itu dikuasai DAP. – 27 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.