PERANG Anwar Ibrahim dan Azmin Ali menyaksikan Azmin hampir menyuarai takhta pemimpin PKR paling berpengaruh.

Ini kerana tidak sampai separuh ahli PKR menyokong Anwar, Presiden PKR itu.

Termasuklah beberapa pemimpin PKR Perak negeri iaitu Chua Yee Ling selaku Ketua Wanita Keadilan Negeri dan Exco Negeri, Yunus Jamhari.

Exco Wanita Pusat, Monaliza Mohtar didakwa mengeluarkan kenyataan mahu mengheret Chua Yee Ling dan Yunus Jamhari ke lembaga disiplin parti hanya kerana tidak menandatangani ikrar taat setia kepada Anwar Ibrahim.

Perkara ini menimbulkan perasaan tidak senang beberapa pemimpin negeri antaranya Siti Aishah Shaik Ismail, Timbalan Ketua Wanita KEADILAN Negeri Perak.

“Saya selaku timbalan ketua wanita negeri dengan ini menyatakan ketegasan saya kepada saudari Monaliza agar tidak mencampuri urusan di Negeri Perak.

“Bagi saya ini hanya tindakan popular yang mahu diambil oleh semua pihak untuk menjadi jaguh dalam isu yang tidak penting sama sekali,” kata Siti.

Menurut Siti, PKR diasaskan dengan idealisme dan hak bersuara yang telah lama diamalkan.

Tidak menjadi satu kesalahan bagi mana-mana pihak untuk berpegang kepada prinsip, dan keputusan hendaklah dibuat bukan bersandarkan ugutan dan paksaan.

Siti juga secara lantang menyarankan Monaliza agar fokus kepada peranan di pusat, bukannya ‘menjadi hamba’ kepada isu yang tidak relevan. – NTHQiBORD, 28 Julai 2019.

1 COMMENT

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.