AZMIN Ali, Timbalan Presiden PKR sekali lagi ‘ponteng’ mesyuarat.

Turut bersama Azmin ialah Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin dan Tian Chua, Ketua Wanita PKR Haniza Talha dan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Kesemua mereka dilihat sebagai penyokong kem Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu.

Bagaimanapun, kata Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil semua pemimpin PKR sudah diingatkan untuk mengutamakan kehadiran dalam mesyuarat parti berbanding perkara lain.

“Jadi kita tahu untuk dua, tiga bulan ke hadapan inilah tarikh-tarikhnya. Pimpinan telah diingatkan untuk menghadirkan diri dan memberikan keutamaan kepada mesyuarat ini supaya kita boleh (bergerak) sebagai satu parti menyelaraskan keputusan yang diambil.

“Peringatan itu telah dikeluarkan kepada semua pimpinan,” kata Fahmi.

Terdahulu, Azmin juga tidak hadir di pemukiman PKR di Port Dickson hujung minggu lalu.

Ketidakhadiran Azmin dan ‘kumpulannya’ dilihat berpunca daripada konflik dalaman parti, susulan klip video semburit yang tular di seluruh Malaysia.

Pergeseran memuncak selepas Anwar bersetuju bahawa Azmin perlu meletak jawatan sekiranya klip video semburit itu tulen.

Azmin membalas kenyataan Anwar dengan lebih pedas dengan menyarankan presiden PKR itu ‘perlu melihat cermin’.

Khabar angin yang dilaporkan media tempatan turut meneka bahawa Azmin akan keluar dari parti tersebut dan mengambil tindakan untuk ‘lompat’ kepada parti Bersatu atau Gerakan.

Perang Anwar-Azmin membayangkan PKR kini kekal dihujung hayat, kerana ramai ahli PKR turut keluar dari parti itu baru-baru ini.

Populariti PKR juga tampak hina di mata rakyat, kerana kecaman hebat diterima kedua-dua pemimpin PKR itu di ruangan maya digital. – NTHQiBORD, 28 Julai 2019.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.