TEKANAN semakin diperhebatkan oleh Bangsa DAP untuk menutup mulut pejuang Melayu-Islam.

Seperti yang berlaku kepada Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Dato’ Azwanddin Hamzah, beliau berdepan ‘serangan’ yang maha hebat daripada Bangsa DAP.

Dengan kes saman berjumlah RM250 juta, ia boleh digambarkan betapa terdesaknya Bangsa DAP untuk ‘mendiamkan’ Azwanddin daripada terus bersuara untuk memperjuangkan nasib Melayu-Islam di negara ini.

Langkah keji itu tidak mustahil kerana mereka sudah mengawal sistem perundangan negara.

Esok pagi, Azwanddin akan mula dibicarakan bagi kes saman pertama daripada Menteri DAP, Teresa Kok berhubung ucapan yang mengaitkannya dalam isu pertikaian tanah melibatkan kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, Subang Jaya.

Kemudian petangnya, Azwanddin dipanggil pula ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang berhubung dakwaan berhimpun di depan IPD itu.

Dua kes itu perlu diuruskan beliau dalam masa sehari seolah-olah tiada ruang diberikan untuknya ‘bernafas’.

Adakah kerana Azwanddin lantang mengkritik Bangsa DAP, beliau ditekan sedemikian rupa?

Selain kes saman Teresa, Azwanddin terlibat dalam dua lagi kes saman melibatkan seorang pemimpin Bangsa DAP iaitu Liew Chin Tong dan satul lagi kes dikemukakan oleh P. Waytha Moorthy.

Waytha menyaman Azwanddin di Dataran Seni Klang hanya kerana mengaitkan menteri itu dengan insiden di kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, USJ 25, Subang Jaya, November tahun lalu.

Dalam insiden itu, anggota bomba, Mohammad Adib Mohd Kassim meninggal dunia akibat kecederaan dipercayai dipukul perusuh.

Disebabkan kematian tidak berdosa itu, Azwanddin bangkit untuk menegakkan keadilan buat arwah.

Dalam kes Liew Chin Tong pula, timbalan menteri DAP itu hanya kerana Azwanddin mempersoalkan tindakan beliau memakai seragam ala komunis di depan anggota tentera Melayu.

Selain itu, pendedahan Azwanddin bahawa Liew ialah ancaman kepada Kementerian Pertahanan kerana hubungan baiknya dengan Singapura juga cuba ‘ditutup’ dengan tindakan undang-undang. – 28 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.