PAKATAN Harapan (PH) tidak terbukti sebagai kerajaan yang memperjuangkan prinsip ‘good governance’ (pentadbiran telus) dan antirasuah, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Fathul Bari Mat Jahya.

Beliau berkata, PH telah diberi pinjam oleh rakyat buat sementara untuk mentadbir negara dan penilaian sedang dibuat.

“Saya tak kata kerajaan ini semata-mata pasti satu penggal kerana Allah yang tentukan.

“Namun dengan apa yang berlaku hari ini, kita dah boleh buat jangkaan bahawa dia (PH) tidak akan lama dengan apa yang berlaku,” katanya pada program bual bicara di Nothing To Hide baru-baru ini.

Jelas Fathul, dalam tempoh lebih setahun memerintah, rakyat sudah membuat banyak penilaian terhadap PH.

Katanya, rakyat mahu PH tunaikan janji menjadi sebuah kerajaan yang baik tetapi bukan itu yang berlaku.

“Kamu bercakap soal antirasuah, anti korupsi tetapi kes (rasuah) Lim Guan Eng gugur.

“Bukan telah dibicarakan di mahkamah atau diteruskan perbicaraan (tetapi digugurkan). Jika dia menang kes, itu tidak apa.

“Tapi ini kes ada, tapi digugurkan. Begitu juga pihak yang lain. Semua (kes) ditutup

“Di mana ‘good governance’nya? Mana antirasuahnya?

“Isu-isu ini menjadikan rakyat muak. Jadi UMNO dan PAS jika mahu ke depan ke depan, kena pastikan good governance dan bebas daripada sebarang korupsi,” ujarnya. – 28 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.