Berikut adalah 10 senarai pemimpin PKR yang dulu penyokong setia Anwar dan kini beralih arah:

1. AZMIN Ali. Siapa dia ini? Dia Timbalan Presiden PKR. Selama 40 tahun dia kata Anwar Ibrahim adalah bakal PM. Bila sudah dekat, dia kata (Anwar) tak layak.

2. Zuraida Kamarudin. Siapa dia ini? Naib Presiden PKR, bukannya UMNO atau PAS. 20 tahun dia kata Anwar sepatutnya PM. Tapi 14 bulan ni dah kata Anwar tak layak pula.

3. Amirudin Shari. Dia MB selangor. Dia ni siapa? Sepupu Khir Toyo ke? Bukan. Dia ni MPT PKR. Tapi bagitahu Anwar tak layak sebab Anwar ada masalah moral dan jahat.

4. Khalid Jaafar. Siapa dia ni. Dia setiausaha akhbar ketika Anwar jadi TPM. Buat kerja untuk Anwar dari muda supaya Anwar jadi PM. Pernah jadi pengarah Institut Kajian Dasar dan dan pegang banyak jawatan dalam PKR. Sekarang kata Anwar tak layak dan patut berhenti dari politik. Dia kata Anwar adalah banduan dan peliwat.

5. Kamaruddin Jaafar. Siapa dia ni? Sahabat Anwar. Masa Anwar jadi TPM. Dia pun pengarah IKD dan banyak dapat projek beratus juta dari Anwar. Jadi rakan kongsi Vincent Tan. Walaupun jagi Setiausaha Agung ABIM di zaman Anwar tapi sangat penting diri sendiri. Walaupun dia tau BERJAYA itu syarikat judi tapi tetap bersedia jadi rakan kongsi. Sama taraf Tengku Adnan. Masuk PAS, jadi Setiausaha Agung PAS. Keluar PAS masuk PKR dan diberi tempat. Sekarang dah kata Anwar tak layak jadi PM kerana sebenarnya tuduhan terhadap Anwar itu betul.

6. Sarifuddin Abdullah.Masa Anwar dipecat, dia tak pernah bersama Anwar. Dia hanya bersama Anwar ketika Anwar jadi TPM. Bila kalah di Temerloh, kalah semua jawatan dalam UMNO, dah tak ada tempat dalam UMNO barulah masuk PKR. Dapat jadi menteri. Tapi sekarang kata Anwar tak layak jadi PM. Anwar tak pernah mampu mengalahkan Tun Mahathir. Jadi rugi ikut Anwar.

7. Sivarasa Rasiah. Siapa dia ini? Seorang peguam Anwar selama bertahun-tahun. Berjuang untuk bebaskan Anwar. Tapi bila dah dekat nak jadi PM boleh pula dia kata Anwar tak layak. Azmin lebih layak.

8. Tian Chua sanggup kena tahan di ISA dan kena macam macam dengan polis. Diangkat jadi pemimpin politik oleh PKR. Sekarang boleh kata Anwar tak layak jadi PM.

9. Ketua Wanita PKR. Haliza dan Dorayah berjuang lama dalam PKR. Bila dah dekat sangat, boleh kata Anwar sepatutnya berhenti.

10. Mansor Othman. Siapa dia ini? Bekas setiausaha politik Anwar masa jadi TPM. Berjuang dari dalam UMNO sampai ke PKR. Jadi timbalan ketua menteri dan sekarang ahli Parlimen. Berkerja keras dan setia dengan Anwar tapi bila dah dekat tiba tiba tak sokong Anwar. Dan sebut dengan jelas sebenarnya Anwar tak layak.

Cukup sekadar saya nama kan 10 orang. Walaupun ada beratus tokoh PKR lagi tidak bersama Anwar.

Peliknya berpuluh tahun berjuang untuk Anwar dan menafikan Anwar ada masalah moral dan peliwat.

Tiba-tiba tak sokong Anwar kerana Anwar ada masalah moral dan memang peliwat.

Tapi lebih kelakar dan gila sebab mereka sokong Azmin jadi PM. Kononnya Azmin teraniaya dan tidak ada masalah moral

Apakah mereka ini buta atau nak jaga jawatan masing-masing?

Mereka tahu jika Anwar jadi PM, tiada lagi tempat untuk mereka.

Tapi apa yang saya nak sebut untuk UMNO dan PAS, siapa pun PM, kita lawan tanpa belas kasihan! – 28 Julai 2019.

HAMDAN TAHA,
Bekas ahli PKR dan penganalisis politik.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

9 COMMENTS

  1. Saya nampak 10 org yg mengatakan Anwar tk layak jadi PM ke8 itu sebagai tk jujur n tk berkata benar. Mereka ini memiliki beberapa Sifat Sifat keji yg akan terus merosakkan mereka. Jauh dekali drp menguntungkan mereka. Ibaratnya, kalau mandi blm basah sudah berhenti, kalau mengaji, blm habis pelajaran, sdh berhenti n begitulah seterusnya terjadi. Mengapa begitu? Mingkin mereka tk sabar. Org tk sabar biasanya tk akan berjaya.

  2. Org berkata Anwar Peliwat, org ini percaya kpd fitnah.Menurut Islam, Penyebar fitnah berdosa besar n akan masuk Neraka. Sbb Anwar adalah mangsa fitnah org yg sangat Ego dn mabuk kuasa ketika itu. Anwar sebenarnya dizalimi dgn fitnah jahat itu, Dia sebenarnya sangat layak menjadi PM ke 8,dia mempunya cukup syarat utk itu. Saya percaya 10 org yg berkata Anwar tk layak jadi PM itu tlh dihasut n makan hasutan beracun yg sangat merbahaya.

    • Come on bro…anwar ibrahim meme tk layak jadi pm , ko tgok skrg lpas sukma darmawan dan driver anwar dulu lpas tu saifulbukhari pulak duA 2 kes bukti air mani anwar..begitu juga azmin ali..dah terang dia dalam video semburit tu..ko tk pelik ke partner dlm video tu mgaku dan kna tahan tp lg sorg bebas

  3. Memang tepat sekali pendapat 10 orang org kanan pkr tu.Anuar cuma pandai berlakun je.hancur msia jika anuar alju…. jadi PM

  4. Apa guna mangata sana sini.
    Menilai keburukan org lain.
    Mereka ahli politik.
    Biasalah…
    Dlm Malaysia siapa ahli politik yg berpendirian teguh.
    Bahkan yg ada kelulusan phd dalam syariah pun, masuk politik kerana “habuan dunia”
    Secara umum, rakyat Malaysia memang beranggapan anwar MEMANG TAK LAYAK MENJADI PM.
    Ketokohan anwar sekarang BUKAN macam sekarang.

  5. Siapa yang ingin mengaku tahi ditengah jalan.Kedua dua punya nafsu untuk memegang jawatan No Satu di Malaysia.Tanpa disedari kedua duanya diperangkap dengan isu salah laku Semburit.Apa pun chukup bijak orang yang mengatur perlakuan ini, IBARAT MENEMBAK DUA EKOR BURONG DENGAN SATU PELURU.Sebuah Parti yang hampir Berkuasa penuh.Menyerahkan haknya sejak awal2 lagi sebelum PRU 14.Berkesudah haknya jadi milik orang lain,dan adu Domba politik menyebabkan mereka dapat dirobek dengan bagitu halus.Ini boleh lah diibarat kan”YANG DIKEJAR TAK DAPAT DAN YANG DIKENDONG BERCHICHIRAN”.kerana masing2 chepat melatah.Harap Maaf dan terima kaseh.

  6. Bkn hanya 10 org yg kata anwar tk layak jadi PM, malah berjuta org lagi termasuk madey sendiri.
    Negara akan haru hara lagi politiknya jika anwar jadi PM. Dlm PKR yg dia pimpin sendiri tu pun mcm² haru hara belaku..
    #TolakAnwar
    #HancurPH

  7. Nk tau jahat seseorg tu tanyalah kpd musuhnya, Tp nk tau baik seseorg itu tanya lah kpd sahabat karib nya….

    Klu sahabat karib yg rapat siang mlm, dh kenal berpuluh tahun, kenal luar dalam TETAPI citer yg buruk dan komen yg negatif mcm mana? 😳😳😳

  8. Korg nk ke org yg ada isu moral songsang ni jadi pm..dah nasib buruk dia pekung dah pecah..klu azmin ali bkn kaki main jantan, dia boleh walk away dari bilik hotel tempat video semburit tu..baru betul..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.