Kerajaan Pakatan Harapan mengalami kerugian antara RM3 bilion hingga RM5 bilion setahun.

Hal ini disebabkan ketidakcekapan mengurusan yang menyebabkan kebocoran hasil yang berlaku di pintu masuk negara.

Perkara ini disahkan Ketua Setiausaha Negara, Dr Ismail Bakar.

Katanya, kebocoran hasil itu antaranya oleh aktiviti penyeludupan yang berlaku, sama ada kerana kecuaian ataupun kekurangan peralatan untuk memantau dan mengawal pintu sempadan.

“Kebocoran hasil telah lama berlaku, kami memang ada data mengenai kebocoran hasil, terutama dari segi kecuaian kita ataupun dari segi peralatan kita tidak mencukupi…contohnya penyeludupan rokok dan minuman keras dan perkara ini masih lagi berlaku,” katanya.

Tanpa mengulas lanjut mengenai data yang dimaksudkan itu, Ismail berkata, penggunaaan teknologi baru untuk memantau pintu sempadan perlu dipertingkatkan bagi mengelakkan negara terus mengalami kebocoran hasil di situ.

Penggunaan teknologi baru ini memungkinkan perolehan baru kerajaan untuk mendapatkan teknologi luar yang berharga jutaan ringgit.

Katanya, pemantauan ke atas penjawat awam yang bertugas mengawal pintu masuk juga perlu dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan mereka cekap menjalankan tanggungjawab masing-masing. – NTHQiBORD, 28 Julai 2019.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.