KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) didakwa menyalahgunakan kuasa dengan memaksa pemilik dan pewaris tanah di Kampung Baru.

Paksaan itu melibatkan dua pilihan kepada pemilik tanah, yang didakwa akan menjejaskan pemilikan tanah orang Melayu di kawasan tersebut.

Ianya dikemukakan dalam bentuk surat notis, yang akan dibentangkan dalam Townhall bersama Khalid Samad, Menteri Wilayah Persekutuan pada 21 September ini.

Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd Nizham Abdullah Hamidi berkata, notis itu menunjukkan pemerasan kerajaan terhadap orang Melayu di Kampung Baru yang dilihatkan seolah-olah hendak menghalau rakyat keluar dari kawasan itu.

Image result for surat townhall kampung baru

Portal berita MalaysiaGazette pula melaporkan pilihan tersebut membawa impak yang sama beratnya kepada pemilik tanah di kampung baru dan menggariskan beberapa kerisauan umum. Antaranya ialah;

1. Pemilik tanah akan hilang haknya ke atas tanah.
2. Tanah warisan usia lebih 100 tahun ini akan hilang buat selama-lamanya.
3. Pemilik perlu membayar cukai jualan tanah dipotong dari jumlah wang diterima.
4. Pemilik tanah akan dibayar wang berjuta ringgit dari hasil jualan tanah. Namun wang ini perlu dibahagi-bahagikan kepada 50 ke 100 orang pewaris yang berhak. Jumlah wang jadi kecil ini tidak dapat beli rumah mampu milik sekali pun.
5. Wang tidak dapat bertahan lama akan dibelanjakan untuk keperluan semasa.
Akibatnya wang habis, tiada tanah dan tiada tempat tinggal.
6. Kesan jangka panjang; Kampong Baru akan terlepas kepada orang luar. Anak cucu akan merempat di kampung sendiri terpaksa sewa bangunan siap dibina.

Mohd Nizham turut menegaskan, sebarang rundingan terhadap pemilik dan waris tanah Kampung Baru perlulah dilaksanakan berasaskan objektif-objektif yang telah digariskan oleh PSKL2020 dan bukan bersifat memaksa termasuklah dengan menggunakan kaedah undang-undang untuk menghalalkan cara.

“Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membantu rakyat kampung baru mencapai objektif yang telah digariskan dan bukan menolak mereka keluar dari Kawasan kampung baru demi mencapai matlamat menjadikan tanah Kampung Baru sebagai “lombong emas” bagi mereka yang mempunyai kepentingan,” tegas beliau.

Menurutnya, isu tanah kampung baru ini amat unik dan sensitif memerlukan proses konsultansi yang berterusan.

Sebarang perancangan haruslah melibatkan penduduk Kampung Baru sebagai pihak berkepentingan paling utama.

“Wang ringgit tidak akan berkekalan maka penduduk Kampung Baru perlukan sesuatu yang bersifat jangka panjang demi kelangsungan hidup mereka,” ujarnya. – NTHQiBORD, 28 Julai 2019.

2 COMMENTS

  1. barua dap memang begitu dah makan babi agaknya sampai kurang ajar dengan penduduk kg baru. kalau betul2 ikhlas nak bangunkan kg baru kenapa tak bagi penduduk & waris sekurangnya 1 lot rumah. baru org melayu percaya betul2 nak bangunkan kg baru. kalau tak kita anggap dia dah jadi broker utk jual tanah melayu pada cina

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.