BELUM ada kenyataan rasmi dikeluarkan berhubung larangan korban di kawasan masjid.

Majlis Agama Islam Johor akan adakan perbincangan Ahad ini, kata Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar, Tosrin Jarvanthi berhubung dakwaan larangan menyembelih binatang di kawasan masjid dan surau di negeri ini.

Sebelum ini, tular di media sosial pekelililing bagi ibadah korban di Johor.

Larangan itu menimbulkan kecaman warga maya di Johor kerana merasakan aktiviti itu sebagai tradisi yang baik dalam melambangkan kebersatuan Islam di Johor.

Menurut Tosrin, dia juga tidak mengetahui bagaimana surat pekeliling itu ditularkan sebelum sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan mengenainya.

“Belum lagi tandatangan dan arahan terhadap perkara yang tular itu. Apa- apa pun tunggu Ahad ini,” katanya.

Surat pekeliling tersebut berhubung larangan menggunakan masjid dan surau di negeri ini sebagai tempat menyembelih binatang korban.

Selain itu terkandung larangan melakukan aktiviti melapah atau mencincang daging dan anggota haiwan korban di mana-mana kawasan masjid dan surau.

Aktiviti menimbang dan membungkus daging korban juga tidak dibenarkan dilakukan dalam kawasan itu. – NTHQiBORD, 28 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.