MENTERI Besar Johor sekali lagi dikritik hebat.

Kali ini mengenai satu program antara Menteri Besar Johor bersama ketua-ketua kampung di Johor.

Berdasarkan dari laman Facebook, Ops Johor, Dr Sahruddin didakwa mula bersifat angkuh dengan mengugut untuk meninggalkan majlis apabila ketua-ketua kampung mengajukan beberapa soalan panas kepadanya.

Antara persoalan yang dibangkitkan ialah soal pelantikan ketua kampung yang tak selesai dibeberapa daerah di utara Johor.

ADUN Bukit Kepong dari parti Bersatu juga didakwa mengabaikan kebajikan dan elaun ketua kampung yang membangkitkan kemarahan ketua kampung di seluruh Johor.

Malah, beberapa lantikan ketua kampung juga tidak menepati pilihan masyarakat kerana amalan politik tertentu di negeri harimau selatan itu.

“Kenapalah MB Johor ni. Kenapa perlu beremosi bila berhadapan dengan akar umbi. Dahlah datang lambat, bila ditanyakan pelbagai soalan, mulalah nak naik angin,” tulis penyelia laman Facebook Ops Johor.

Dr Sahruddin dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 14 April 2019 menggantikan Osman Sapian yang meletak jawatan sebagai ketua pentadbiran kerajaan Negeri Johor.

Lantikan itu diharap dapat merubah lanskap politik negeri Johor supaya merealisasikan kerajaan dambaan rakyat, tetapi malangnya prestasi Dr Sahruddin tetap dikritik hebat.

Sebelum ini, beliau turut didakwa sebagai ‘boneka DAP’ oleh beberapa penganalisis politik Johor, kerana berdiam diri dalam beberapa isu kompleks dengan membenarkan pemimpin DAP membuat keputusan untuknya. – NTHQiBORD, 28 Julai 2019.

1 COMMENT

  1. His face doesn’t look like a real leader who can solve the people’s problems. Please follow the style of Bossku. He is always loved by the people. He likes to help people of all walks of life.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.