BEKAS pengganas komunis Parti Komunis Malaya (PKM) Au Heng Kong (Zhou Tong) mencadangkan supaya kerajaan Pakatan Harapan agar menilai semula sejarah perjuangan parti itu, lapor portal malaysia-today.net.

Menurutnya, selama ini parti itu dilabel pengganas oleh kerajaan terdahulu perlu ‘dibersihkan’ pada era kerajaan baharu.

Lapor portal itu, tuntutan itu termasuk diampunkan oleh kerajaan Malaysia dengan mengaku taat setia kepada DYMM Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.

Selain itu PKM juga menuntut diberi beberapa imbuhan berupa wang dan tanah di sebagai ‘menghargai jasa mereka’.

Komunis dan Kampung Baru

Untuk mengekang pengaruh komunis dan menyukarkan British menjarah ekonomi Tanah Melayu, raja-raja Melayu diminta menyerahkan tanah-tanah untuk di pajak dan dijadikan kampung-kampung baru.

Pada hari ini, PKM menerusi parti DAP mahu mendesak dan mengusahakan agar tanah-tanah pajakan kampung baru itu ditukarkan menjadi pegangan kekal atau pajakan 999 tahun, khas untuk mereka, seperti yang dilaporkan malaysia-today.net.

Mengaku pejuang

PKM mendabik dada kononnya mereka berjuang menentang penjajah walaupun mereka sendiri adalah gerombolan yang mahu menjajah negara.

Menurut portal arkib negara, PKM dicatatkan sebagai parti politik yang bersifat radikal, yang menjadikan pertumpahan darah sebagai amalan perjuangan mereka.

PKM melakukan keganasan terhadap rakyat yang tidak menyokong pergerakan mereka. 
 

Dalam pada itu PKM juga cuba sabotaj ekonomi Tanah Melayu, memusnah ladang getah dengan menakik ribuan pokok getah, membakar rumah asap dan gudang getah serta menakut-nakutkan penoreh getah yang rata-ratanya berbangsa Melayu.

Sesiapa sahaja yang menentang komunis, walaupun tidak bersenjata akan dibunuh hingga angka kematian termasuk anggota pasukan ke­selamatan dan orang awam mence­cah 12,000 orang! – NTHQiBORD, 28 Julai 2019.

4 COMMENTS

  1. Catatkan berapa ramai lagi ahli pkm…senang di buat rujukan di belakang hari n kalo boleh buat pengakuan bertulis sebagai bekas / masih ahli pkm n sebar kepada rakyat sebagai kenangan…

  2. Makin lama makin jelas perjuangan DAP hgg PKM pun nak diikhtiraf pdhal satu malaya dh tau keganasan dan kekejaman pkm terhadap org yg menentang mereka. Mmg britishpjn penjajah tp mereka x sekejam pkm. Mereka menjajah ekonomi ,bkn nyawa. La ni sapa menjajah ekonomi malaysia klu bkn org cina yg ada sangkut paut dgn pkm. Betul x lge dan lks?

  3. Penceritaan yang menggambarkan PENGHASUTAN., sengaja mahu tanamkan kebencian kaum (orang-orang Melayu) atas matlamat mahukan kuasa politik.
    Melayu sudah maju dan berjaya sebagai Doctor,Jurureta,Akitek dan sebagainya lagi…ini ini tidak lain hanyalah cerita-cerita untuk mengganggu keharmonian kaum, sebab “kuasa” yang hilang. supaya dapat meneguk di air keruh jika berlaku sebarang rusuhan kaum.

    • Apa bongok sangat ko ni…Au heng kong pun dah bercakap mcm tu pun ko masih nak menyebelah Dap…mmg dasar melayu mcm ko ni mudah diperkotak katikkan..ke ko ni penjilat Lge…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.