Tuesday, October 26, 2021
Home Berita Sayangnya Mahathir pada Azmin walaupun dikotori video semburit

Sayangnya Mahathir pada Azmin walaupun dikotori video semburit

1

PERDANA Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan bahawa dakwaan kes perbuatan luar tabii melibatkan dua menteri Kabinet di bawahnya tahun 1998 dan tahun ini adalah dua kes yang berbeza.

Ia sekaligus menimbulkan prasangka umum bahawa Perdana Menteri itu sangat menyayangi Menteri Hal Ehwal Ekonominya, Azmin Ali.

Dr. Mahathir berkata, pada tahun 1998, tindakan yang diambil tidak berdasarkan klip video dan klip video muncul setelah mahkamah membuat keputusan.

Kes 1998 tersebut melibatkan Presiden PKR Anwar Ibrahim yang dimalukan seluruh media dalam dan luar negara kerana aib buruknya dibuka.

Anwar dipenjara dan dilucutkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kerana didakwa ‘mempunyai moral buruk dan tidak sesuai pemimpin masyarakat’.

Namun pada hari ini menurut laman blognya chedet.cc, Dr. Mahathir menegaskan dalam kes semburit Azmin, tidak seperti kes pada tahun 1998 kerana video itu muncul dahulu.

“Tiada percanggahan. Pada tahun 1998, video datang seterusnya. Ia tidak mempengaruhi mahkamah atau orang lain. Ia tidak mempengaruhi saya,” katanya menerusi catatan dalam laman blog beliau, chedet.cc hari ini.

“Saya telah dituduh bertentangan dengan pendirian saya sendiri dalam tindak balas saya terhadap kes seks songsang melibatkan anggota Kabinet saya pada tahun 1998 dan isu video seks terkini melibatkan anggota Kabinet saya sekarang.

“Jelas sekali ia adalah cubaan untuk menaikkan nama orang tersebut untuk menghancurkan masa depannya.” tulis Mahathir.

Azmin, pastinya menarik nafas lega kerana ‘god father’ nya sentiasa menyebelahinya walau apa jua keburukan yang terdedah.

Ia menimbulkan rasa tidak senang rakyat kerana Azmin dilihatkan sebagai pemimpin dua kali lima dengan Anwar kerana masing-masing dikaitkan dengan aktiviti songsang yang meloyakan.

Video semburit mirip Azmin dimuatnaik ke laman lucah nombor satu dunia, PornHub dan pastinya Malaysia ditertawakan seluruh dunia andai ‘anak manja Mahathir’ itu diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia. – NTHQiBORD, 28 Julai 2019.

1 COMMENT

  1. Kalau tk kena buat sayangnya Tun Mahathir pd Azmi itu blh membawa rebah dua duanya sekali
    Krn Rakyat Memerhati n Rakyat menjadi Hakim.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.