MENTERI Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mencuri perhatian rakyat Malaysia apabila menunggang motosikal RXZ sempena program ‘We Are RXZ Members 3.0’ di Kuala Nerus, Terengganu.

Beliau dalam gaya santai dilihat menunggang motosikal itu berseorangan dari kediamannya hingga ke lokasi program di Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak Terengganu.

Meskipun cuaca hujan sepanjang perjalanan, beliau yang lengkap berpakaian baju hujan sedikit pun tidak kekok mengawal tunggangan motosikal itu.

Usaha Ahmad Samsuri untuk menyelami kehidupan penunggang motosikal itu turut dizahirkan dalam ucapannya pada majlis perasmian program itu di Litar Permotoran Terengganu.

“Biar kita sama-sama basah, biar kita sama-sama kering,” katanya sambil menyelami cabaran penunggang motosikal berdepan cuaca tidak menentu yang menarik perhatian peserta.

Peserta, Faridullah Hisham, 28, berkata, dia teruja menyertai program menghimpunkan ribuan pemilik RXZ itu dan tertarik dengan keramahan Menteri Besar Terengganu menyantuni anak muda dalam program berkenaan.

“Walaupun beliau Menteri Besar dan berstatus VIP, beliau tidak kekok langsung bersama-sama peserta menunggang motosikal. Memang sangat seronok,” katanya yang datang dari Kota Bharu, Kelantan.

Malah, Ahmad Samsuri sebelum menghadiri program itu sempat menitipkan nasihat kepada anak muda yang menyertai program itu di laman Facebooknya semalam, supaya peserta sentiasa mematuhi disiplin dan undang-undang, menghormati pengguna lain, menjaga aurat dan tidak meninggalkan solat.

Aksi bersahaja Ahmad Samsuri yang turut dirakam jurugambar rasminya sebelum dimuatnaik di Facebook mendapat pujian ramai sehingga tular di laman sosial.

Antara komen yang dititip warga maya di akaun sosial adalah,

“Alhamdulillah..time kasih ya Allah..hadirkan kami pemimpin yg adil dan memahami erti kehidupan dalam mencari keredhaan mu didunia dan akhirat..
terbaikk MB..” Mohamad Aswadi Kari.

“Keiklasan hati meyatunmi anak muda terpancar di wajah Dato Seri walaupun suasana hujan amat amat terkesan di hati anak anak muda dan semua yg terlibat bertapa beruntungnya dapat MB yg boleh duduk rendah bersama sama rakyat …..Teruskan Yg Terbaik Untuk Rakyat” Wahab Hab.

“Sememang nya MB kite bukan org beshe2..serba boleh…pakar segala pakar..melebihi jawatan MB yg di pegangnya…selayaknya PM…bangga n salute Dato Seri…kau lh satu2 nya MB yg terbaik buat neg ganu darul iman..tq Allah mmbri kan MB ni kpda rakyat ganu…” Norini Mohd Nor.

“nok cari mane MB naik moto.. ce kabo.. ni baru ye.. panda ambik hati orang muda, panda bergaul dengan pihak atasan mahupom antarabangsa.. cari r mane2 negeri lain kalu ada.. x sombong, senyum sokmo.. insyallah tuhan maha melihat di atas segala yang kita lalukan..”Mohamad Darwi Mohamad Daham.

“Main ujan dok stabuk YAB DS Dr 😂 Lyn ke budok2 rxz punye psl. Moge xdemam esok lusa doh lah YAB DS Dr. Kemmah kemming. Susoh doh nok juppe MB setare nim” Amir Asyraf Ramli.

Komen pujian kepada Ahmad Samsuri juga dapat dilihat di laman Facebook Malaysiakini (BM version) dan laman Facebook rasmi beliau iaitu Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar. – NTHQiBORD, 28 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.