TULAR satu tangkap layar surat dari syarikat Gan Seng Printing (M) Sdn Bhd.

Antara kandungan surat tersebut adalah ‘tidak memilih Hari Pertabalan Agong’ sebagai cuti umum syarikat tersebut.

Terdahulu, Putrajaya mengumumkan 30 Julai ini sebagai hari kelepasan am tambahan di seluruh negara sempena Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Sultan Abdullah.

Cuti umum ini juga peruntukkan kepada pekerja di sektor swasta menurut Seksyen 60D(1)(b) Akta Kerja 1955.

Menurut kenyataan Kementerian Sumber Manusia, berdasarkan kepada peruntukan itu, majikan boleh menggantikan mana-mana hari lain sebagai ganti cuti umum bergaji kepada pekerja.

Surat dari syarikat Gan Seng Printing itu juga menyebut bahawa akan memberi amaran kepada sesiapa sahaja yang ‘berani mengambil cuti’ pada Hari Pertabalan Agong.

Ia ditandatangani Gan Bee Kun, pengarah urusan Gan Seng Printing (M) Sdn Bhd.

Walau bagaimanapun, belum ada pengesahan surat yang tular ini sah atau sebaliknya dari pihak Gan Seng Printing.

Jika benar, syarikat ini wajar dikenakan tindakan undang-undang kerana mencemar akta buruh.

Ia juga gambaran kepada entiti yang ‘keras kepala’ dan langsung tidak menghormati Yang Dipertuan Agong Malaysia. – NTHQiBORD, 28 Julai 2019.

2 COMMENTS

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.