KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) perlu sedar bahawa rakyat telah mula memberi isyarat kepada kepimpinan hari ini, kata Ketua Penerangan Puteri UMNO Kelantan.

Menurut Nurul Najihah Yasim, parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu) tidak seharusnya memberi pandangan negatif mengenai kerjasama kukuh yang bakal terjalin antara UMNO dan PAS tidak lama lagi.

“Daripada mempertikaikan perkara tersebut tanpa tahu hujung pangkal, lebih baik PH menyelesaikan segala masalah dalaman parti-parti komponennya.

“Secara jelasnya rakyat sudah memberikan signal terhadap beberapa perkara berlaku di negara ini sepanjang lebih setahun pemerintahan PH yang telah memberi kesan buruk.

“Bukan sahaja dalam kalangan pemimpin Melayunya tetapi juga menimbulkan pandangan negatif di peringkat antarabangsa dan dunia Islam terhadap kepimpinan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, Nurul Najihah berkata, parti itu sepatutnya sedar bahawa bilangan kerusi Bersatu antara yang paling sedikit.

“Oleh sebab itu, mereka tidak mampu menjaga kedaulatan agama Islam dan hak orang Melayu.

“Mereka sering dilihat mengambil langkah berdiam diri apabila isu berkenaan dicabuli oleh seseteangah pihak.

“Bersatu hanya kucing peliharaan dalam PH dan tak mampu jadi harimau untuk membaham,” katanya.

Tambah Nurul Najihah, PH juga dilihat sentiasa mencari asbab dan menuding jari terhadap kesalahan orang lain daripada mencari jalan penyelesaian kepada masalah mereka.

“Setiap hari PH dilihat semakin gagal untuk membuktikan mereka lebih baik dari kerajaan terdahulu.

“Pastinya PH, khususnya Bersatu melihat ancaman besar akan wujud kesan daripada piagam UMNO dan Pas menjelang PRU 15 nanti,” katanya. – 29 Julai 2019

2 COMMENTS

  1. Bersatu dlm PH, bkn sahja merupakan kucing belaan tp merupakan seekor Tikus yg mmpu megeluarka air kencing kpd PH. Krn Pemimpinnya selalu membela Tim. Presiden PKR, walaupun pemimpinitu bertindak melanggar perjanjian, atau menunjukkan kelakuan yg memalukan. Apa yg dilakukan olehnya semuanya baik. Pemimpin Bersatu itu seolah olah tk layak lagi jadi Pemimpin.

  2. KERANA HEBATNYA PEMERENTAHAN UMNO/BN SEJAK 60TH LALU MAKA IANYA DIAKHIR2SAAT KEJATUHANNYA IANYA BERTUKAR MENJADI CELARU DAN HARU BIRU DGN PEMIMPIN UTAM!NYA MENJADI EDOLA KLEPTOKERASI YG BANYAK MERUSAKKAN HARTA NEGARA.
    TIADA SEORANG PUN PEMIMPIN LAIN YG BERANI MENEGOR KECUALI TSMY YG AKHIRNYA BERAKHIR TERKELUAR DARI UMNO/BN…..
    TAK USAHLAH KETUA PUTERI UMNO KELANTAN MENGECILKAN PERANAN PPBM DLM PAKATAN PH,KERANA YG AMAT JELAS KINI TUN TELAH MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA.SEDARLAH PUAK DAN BARISAN PIMPINAN UMNO KINI SDG BERGELUMANG DGN MASALAH JENAYAH DAN SDG TURUN NAIK MAHKAMAH……..KERANA BERKEPENTINGAN RAMAI MANUSIA TIDAK RASA MALU UNTUK BWKERJASAMA DGN UMNO SEPERTIMANA SLOGAN “”MALU APA BOSSKU^.
    DARI PADA MEREPEK YG MEMBOSANKAN ELOK SAJA MEMPERKEMASKAN DIRI DAN TUNGGU PRU 15 AKAN TIBA DISANA KERJALAH SEKUAT HATI MENJATUHKAN KERAJAAN PH…..RASANYA TIDAKLAH SUKARSANGAT JIKA DIIZIKAN ALLAH KERANA SEBELUM INI PUN DAH BANYAK DIBANTU DGN DOA DAN PETUA2 ULAMAK YG MENGELURUKAN RAKYAT…….
    INSYA ALLAH SAYA PUN NAK TENGOK JUGA JIKA DPPANJANGKAN OMUR…..SELAMAT BERJUANG!!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.