NAMPAKNYA, kerajaan DAP-Pakatan Harapan (PH) tidak dapat dipisahkan dengan kisah-kisah kontroversi.

Yang terbaharu, tersebar pula video yang mendakwa seorang wakil rakyat Bersatu di Melaka membuka “cawangan” secara senyap-senyap sehingga mengundang kemarahan ahli parti itu.

“Dengar cerita ada YB kanan di Melaka buka cawangan senyap.. Lepas tu ajak ahli terpilih sahaja hadir… Benar kah? Orang melaka boleh tolong bagi pencerahan??” dakwa pemilik  Facebook, Tentera Siber Bersatu Malaysia.

Dua video dalam Facebook itu menunjukkan seorang lelaki bersama rakan-rakannya memaki hamun seorang petugas dipercayai dari Parti Bersatu ketika menganjurkan mesyuarat cawangan di Hotel MITC, Ayer Keroh, Melaka pada 28 Julai lalu.

Mesyuarat itu dirasmikan oleh Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen yang mrupakan Ketua Bersatu Bahagian Tangga Batu.

Dalam insiden terbabit, sekumpulan lelaki meluahkan rasa tidak puas hati dan menuduh seorang petugas mesyuarat itu sebagai orang UMNO dan mendapat jawatan dalam parti pimpinan Tun Mahathir Mohamad itu.

Bagaimanapun petugas berbaju merah itu hanya mendiamkan diri ketika diasak berulang kali oleh kumpulan yang tidak berpuas hati itu.

Kekecohan kemudiannya berlanjutan dalam dewan apabila kumpulan terbabit mencari Mohd Rafiq untuk menuntut penjelasan.

Satu video lain menunjukkan aksi lebih panas apabila dua kumpulan saling bertengkar tetapi kesudahan insiden itu tidak dapat dipastikan.

Kejadian itu menunjukkan kemelut dalam parti Bersatu yang akan mengadakan pemilihan parti tidak lama lagi.

Sebelum ini, parti Bersatu di Negeri Sembilan terpaksa dibubarkan dipercayai akibat masalah dalaman.

Kemelut yang sama berlaku di Johor apabila ada ahli yang dikatakan tidak bersetuju dengan pelantikan Mazlan Bujang sebagai Pengerusi Bersatu Negeri.– 29 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.